Monday, February 23, 2009

Selamat Ulangtahun ke-23 Muhammad Zulhilmi

Alhamdulillah..hari ini 23 Februari 2009, pagi hari aku masih seperti biasa.Kicauan burung-burung itu mengejutkan aku dari lenaku.Seruan azan itu aku sambut penuh keinsafan kepadaNya.Syukur aku masih bernyawa..Syukur kepada yang Maha Esa..Sedar tak sedar , telah genap 23 tahun aku diberi nyawa olehNya untuk terus hidup di atas muka bumi ini.Alhamdulillah..

Ya,hari ini genap sudah 23 tahun umur aku.Kedengarannya agak tua ya?Ya, tua jika dibandingkan dengan adik-adik aku tapi masih muda jika dibandingkan dengan kakak serta saudara mara ku..Aah..tua apa..muda lagi lah..kan?haha.Tak sangka aku dah mencapai umur 23.Rasanya baru semalam aku dan rakan-rakan ku bergembira menyambut hari lahir aku yang ke 18.Ya,orang kata umur 18 dah boleh hisap rokok.Masa tu seronok la sebab dah boleh hisap rokok.haha!!Lagipun pada waktu itu aku baru sahaja lepas dari dunia persekolahan..Makanya,kelihatan seperti rusa masuk kampung jugaklah.Tidakpun kata orang sekarang,"budak baru nak up".haha! Kelakar bila ada kawan-kawan aku yang dengan sinis menyindir "budak-budak" yang kelihatannya sedang seronok menghabiskan masa mereka di warong-warong kopi juga di kaki-kaki lima pusat belibelah dengan ayat-ayat itu."Aah.kita dulu pun macam tu jugak bro..".Bisik hati aku.Maka biarkan sahaja mereka itu.Kelak mereka akan jumpa jalan mereka.Usah riso kata orang Perak.

Dan aku juga terasa seperti baru semalam aku menyambut hari lahir ku yang ke-21.Betapa terujanya aku di waktu itu.Mana tidaknya, orang kata umur 21 ini ialah umur dimana permulaannya kehidupan seorang muda.Macam-macam boleh dilakukan selepas umur ini.Ada orang kata boleh clubbing tanpa sebarang perasaan takut-takut.Boleh minum sesuka hati.Boleh itu.Boleh ini.Aah.Karut.Itu semua sandarnya pada hati.Tak perlu tunggu umur.Kau nak buat,kau buat lah.Mengapa kau ajak aku? Dan aku sangat teruja pada waktu itu kerana aku sudah punyai hak untuk memilih para pemimipinku lantas aku mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Pilihanraya untuk memastikan nama aku tidak dieksploitasikan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan...Ya,aku sangat bersemangat dalam hal-hal seperti ini.haha!

Dan kini,aku sudah pun 23 tahun.Masih seperti ini.Ada orang kata aku dah gemuk.Ya kah?Adoi.Dulu ingat lagi bilamana ramai yang tegur aku ini kelihatannya seperti seorang yang tidak cukup makan.Mukanya seperti budak sekolah.Dan ada juga yang lebih aggresive apabila ada yang mengatakan aku ini kelihatannya seperti seorang penagih.Haha!Cabul sungguh mulut mu itu wahai manusia!haha!Ya,aku ini seorang yang dahulunya hanyalah seberat 42 kilogram ketika berumur 20 tahun.Ringan eh?haha!Biasa je kot...Masih teringat lagi bilamana aku dan kawan-kawanku beramai-ramai pergi ke sebuah program belia di Batu Pahat.Waktu itu kesemua mereka telah memuliakan hati masing-masing mendermakan darah kepada pihak Hospital Batu Pahat untuk kegunaan mereka yang memerlukan.Mereka tersangatlah teruja di waktu itu.Begitu juga aku.Aku juga punyai niat yang sama dikala mereka-mereka itu sibuk mendermakan darah mereka.Tetapi malang sekali niat tersebut terpaksa dilupakan dek kerana kekurangan berat badan yang kemungkinannya disebabkan kekurangan zat-zat makanan.haha!

Tapi itu semua dulu..3 tahun yang lepas..cerita lama..bagaikan disambar halilintar otak aku apabila baru-baru ini aku menimbang berat badan.Yela..dah lama tak timbang berat.Orang kata aku gemuk.Betul ke?Jadi dengan penuh perasaan ingin tahu,maka aku pun menimbang berat susuk tubuh ku ini..Sesungguhnya berat badan aku kini ialah 65 kg wahai kamu semua.haha!Berat ke?ke standard je kot?haha!Biar lah.Asal aku bahagia.hehe.Ayat penyedap hati mula bermain-main difikiran.haha!

Walau apapun yang berubah..aku tetap menjadi diri aku.Aku tetap Muhammad Zulhilmi yang kamu-kamu semua kenal.Masih lagi seperti ini.Apa yang berubah mungkin secara fizikal dan juga sedikit perubahan mental.Aku masih seperti dahulu.Suka bercakap.Suka berkawan.Suka kepada hiburan.Mungkin juga apa yang berubahpada diri aku adalah dari segi pemikiran.Itu sudah pasti kerana setiap manusia pasti akan berubah pemikirannya dari masa ke masa bergantung kepada keadaan sekelilingnya.Kecualilah manusia itu berada di sebuah gua untuk tempoh masa yang lama.kan?Sesungguhnya 23 itu hanyalah sebahagian dari nombor-nombor yang dicipta sebagai alat pengukur untuk memudahkan manusia mengira apa sahaja yang wujud dalam dunia ini.Dan dalam kes ini,23 itu adalah tempoh masa berapa lama aku sudah wujud dia atas muka bumi ini.Berapa lama lgi?Wallahualam...

Sambutan?aah..bagi aku itu semua tak penting.Kecil-kecilan pun tidak apa.Kalau tak ada langsung pun tak apa.Tidak menjadi masalah pun.Cukup dengan kata-kata memuji kebesaran-Nya kerana telah memanjangkan hayatku sehingga hari ini.Bagi aku ,itu sudah memadai.Namun jika ada yang mahu membuat sambutan.Dipersilakan.Aku tidak menolak.Terima Kasih banyak-banyak kepada budak kecil itu..Aku amat terharu pada kamu..Kamu lah yang menyinari hidup aku sehari-hari.Kepada rakan-rakan sahabat taulan yang sudi mengingati hari lahir seorang yang bernama Zulhilmi ini, aku amat berterima kasih pada kalian semua.Ucapan-ucapan dan doa-doa kalian sudah cukup membuat aku terasa dihargai dan diingati.Aku ini masih wujud dalam hidup kalian kan?Terima Kasih!

Pada keluarga tercinta.Doakan kesejahteraan Angah dalam hidup Angah.Itu sahaja yang Angah mintak.Tak lebih dari itu.Tapi kalau nak bagi hadiah sebuah Superbike CBR 1000 pun Angah tak tolak.hahaha!Terima Kasih kepada Pn. Roslina bt Ladin kerana telah melahirkan anak ini 23 tahun yang lepas ditambah dengan susah payah selama 9 bulan dalan kandungan itu.Aku amat-amat terhutang budi pada mu.Tiada kata-kata yang dapat aku luahkan disini.Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalas segalanya Ma.Juga kepada En Muhammad Zulkifli,terima kasih kerana telah membela anak ini sehingga ke hari ini.Terima Kasih diatas sokongan dari pelbagai sudut selama ini.Insyaallah nanti Angah balas balik.Akak dan adik-adik semua,terima kasih!!

Selamat Hari Lahir Muhammad Zulhilmi!



Monday, February 2, 2009

Bingkisan dari Putrajaya

Disini terdapat bingkisan yang aku ingin kongsikan bersama dengan anda sekalian setelah pulang dari satu conference di PICC tempoh hari..


"There are two things that will change you in the next five years..the peoples that you meet and the books that you read"
-Charlie Tremendous Jones-

kata-kata ini telah diperkatakan semula oleh salah seorang penceramah pada hari tersebut iaitu Encik Amirul Iskandar,pemilik kepada sebuah syarikat perunding dinegara kita.Dia mengatakan, setiap manusia pasti akan berubah..yang berbeza ialah dari baik ke buruk dan dari buruk ke baik..itu sahaja..ada orang, di awal kehidupannya merupakan seorang yang baik,bagus,hebat tetapi di pengakhiran nya dia berubah menjadi seseorang yang hilang segalanya.ada orang, di awal kehidupannya merupakan seorang yang tidak punyai apa-apa,buruk,jahat tetapi berakhir dengan sesuatu yang baik,molek,hebat...ada juga orang yang mempunyai perubahan dalam hidup tetapi perubahan itu adalah perubahan yang kecil tetapi masih lagi dianggap berubah.kan?

jadi,seperti apa yang diperkatakan oleh Charlie Tremendous Jones, Manusia akan berubah bergantung kepada dua faktor, pertama, orang-orang yang dijumpainya, dan kedua,buku-buku yang dibacanya..Kita juga tahu,bagaimana Nabi S.A.W ketika diawal pelantikannya sebagai Rasul telah diajar oleh Malaikat Jibril untuk membaca di Gua Hirak.Maka turunlah ayat "Iqra'" yang bermaksud "bacalah.." Jadi, telah jelas disini bahawa Islam juga telah mengajar umatnya betapa pentingnya kita untuk membaca..Kerana dengan membaca, ia akan membentuk pemikiran kita..dan,bacalah perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan.Baik bahan bacaan kita,maka baik lah pemikiran kita.Buruk bacaan kita,maka buruklah...

Faktor yang kedua ialah orang yang kita jumpai sepanjang hayat kita...pernah dengar pepatah yang menyatakan, "to be a great people,mix with the great people"..? jadi, untuk menjadi seorang yang bagus,hebat..apa yang kita perlu ialah bergaul dengan orang-orang yang hebat,orang-orang yang bagus.Ini bukan bermakna orang-orang yang tidak bagus yang berda disekeliling kita,kita singkirkan dari hidup kita.tetap berkawan,bergaul, bahkan persahabatan itu terlalu mahal untuk dibuang cuma gaya pergaulan itu perlu dibatasi.Aku punyai ramai sahabat dan taulan.Ada yang baik,ada juga yang buruk.Yang mana perlu dijauhi,aku jauhkan.Tidak sampai tahap membuangnya dari hidup aku.Mungkin satu hari nanti dia berubah menjadi seorang yang baik,seorang yang hebat.Siapa tahu?kan?...seorang yang baik,dicampakkan kedalam sekumpulan manusia yang tidak baik, lama kelamaan akan menjadi tidak baik.betul?cuba kamu sanggah jika kamu rasa pendapat kamu betul..

Apa-apapun...yang paling penting, perubahan itu datang dari diri sendiri..teringat aku kata-kata Dr. Faiz Khaleed,salah seorang Angkasawan Negara.."Every morning when you wake up,you have choices..you only have to choose"...Jadi, pilihlah jalan kamu yang kamu rasakan baik untuk kamu.Semoga pilihan itu membawa manfaat dalam hidup kamu.