Sunday, April 26, 2009

Wednesday, April 22, 2009

Erti Persahabatan..



saat gembira tertawa..
saat berduka kita sama-sama..
duduk bermuram durja..

kita saling memerlukan..
menghormati satu ikatan
itulah..
erti persahabatan..

adakalanya...
terkasar bahasa..
namun kita saling memaafinya..
pahit manis...
hadapi bersama...
bersatu kecapi semua...

bersamalah..
teman kita harungi...
mahkota suci..

bersamalah...
teman kita hargai...
istana hati...

persahabatan...




lagu perpisahan yang meniti di bibir 5 tahun yang lalu..

kini bergema semula dalam minda ku..

*sigh*



p/s : harap kumpulan wishbone yang popular itu dapat merakamkan lagu ini suatu hari nanti..

Monday, April 20, 2009

Se-petang Memerah Otak


jlo




koyok




eijat





aku









dan semua...





Friday, April 17, 2009

Amanat Terakhir




"hidup berpegang kepada prinsip bukan berpegang kepada duit"


-Encik Abdul Zaki bin Abdul Wahid-
Pensyarah Subjek Pembinaan Bangunan
Kelas Terakhir ,16 April 2009

Thursday, April 9, 2009

Mahasiswa

Aku tertarik untuk memetik sebuah artikel dari suatu laman blog yang aku temui ketika sedang melayari jaringan maya ini dan aku terasa seperti ingin mahu berkongsi dengan rakan-rakan sementara status aku masih seorang mahasiswa dalam beberapa minggu terakhir ini

"Jumaat malam yang lepas saya berbesar hati dijemput sebagai salah seorang ahli panel Diskusi Ilmiah @ AB anjuran JAKMAS Kolej Kediaman Anugerah Bestari, UMS. Tajuk yang diberikan, 'Mahasiswa Kita Tidak Berbisa'.

Duduk sepentas dengan saya ialah mantan YDP Kolej Kediaman AB, Saudara Yusuf , yang saya acah-acah sebagai bakal Sasterawan Negara, dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan aktivis mahasiswa, Saudara Hasraa, yang memegang portfolio sebagai Exco Kepimpinan dan Latihan.


Pendebat Universiti, Saudara Jass Azliezan bertindak mengemudi majlis.

Saya tidak berhajat mengulas satu-persatu persoalan yang dibincangkan, tetapi berhajat besar membawa mahasiswa meletakkan diri sendiri di dalam salah satu kelompok 'mahasiswa berbisa' yang saya definisikan dalam pusingan pertama forum tersebut. Bagi memudahkan pemahaman pendengar, saya menggunakan tiga spesies haiwan sebagai analogi.

1. Katak

Katak yang dikisahkan ini bukan sebarang katak. Tetapi katak ini ialah spesies yang menyerupai katak berbisa untuk menakutkan musuh, walaupun hakikatnya ia tidak berbisa. Katak ini juga kuat memekik dan berbunyi. Ramai mahasiswa tergolong di dalam kelompok ini; kuat berbunyi, tidak berbisa.

2. Penyengat

Penyengat tidak dinafikan sememangnya berbisa. Malangnya penyengat hanya menyengat bila diancam. Tanpa diganggu, ia tidak memberi kesan kepada makhluq lain yang berada di sekelilingnya. Saya mengkategorikan majoriti pimpinan mahasiswa di dalam kelompok ini.


3. Umang-umang


Umang-umang adalah spesies hidupan air. Ia mempunyai tentakel yang beracun dan melambai-lambai menunggu pemangsa. Sebaik sahaja pemangsa melintas, tentakel yang berbisa akan melumpuhkannya dan dihadam sebagai makanan. Umang-umang, menyengat untuk makanannya, justeru untuk kemandirian spesiesnya.

Mahasiswa berbisa yang hendak kita bentuk ialah mahasiswa spesies umang-umang. Tidak cukup seseorang mahasiswa hanya bersuara bila diganggu atau bila kepentingannya sahaja terancam. Suara mahasiswa adalah suara rakyat. Tidak memadai mahasiswa hanya bersuara untuk dirinya sendiri. Amat malang jika pembentukan mahasiswa di kampus tidak lebih daripada pembentukan kanak-kanak tadika, yang hanya mampu mengadu pensil dicuri dan dikejar anjing kepada cikgu.

Mahasiswa mempunyai kuasa, dan fungsi pimpinan mahasiswa ialah mencari jalan memperkasakan mentaliti dan keupayaan mahasiswa menyedari dan menggunakan kuasanya untuk melakukan perubahan. Pimpinan mahasiswa bukan objek untuk ditunggangi oleh masyarakat kampus guna menyelesaikan maslah yang dihadapi. Mahasiswa dilatih di universiti menjadi wakil rakyat bukannya rakyat yang bergantung kepada wakil rakyat. Dilatih supaya apabila keluar ke tengah masyarakat dituruti bukan menuruti. Memimpin bukan dipimpin. Mempengaruhi bukan dipengaruhi. Maka peranan mereka yang bertanggungjawab harus diteliti supaya mampu menyengat di luar kampus.

Akhir sekali untuk mahasiswa yang dimomokkan oleh perasaan takut dek himpitan AUKU, sekatan kerajaan dan HEP, media dan kesempitan waktu sehingga menjadi alasan tidak dapat beraksi di lapangan umat, saya menghadiahkan kisah ketua kampung orang asli;

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

"OOOO... patutlah tak jalan drebarnya mati tersepittttt... .!!"


Yang membelenggu pemikiran ialah diri sendiri yang tak mahu belajar dan tak ingin mencuba. Tidak ada kuasa yang mampu menghalang jiwa dan hati yang celik dan kemahuan yang tinggi. Dan tidak ada kemahuan yang lebih hebat daripada kemahuan seorang mahasiswa yang ingin melihat perubahan dalam masyarakatnya."


Monday, April 6, 2009

Gunung Lambak Berjaya Ditawan!


permulaan sebuah perjalanan




go!go!go!


kami tak hot,kami cool~~






kurus?


puas


"yeah!"


peace!

  • Aktiviti riadah hujung minggu mencari cabaran sambil memecah lemak pada 4 April 2009 di Gunung Lambak,Kluang Johor.
  • Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam lebih untuk sampai ke puncak setinggi lebih kurang 500 meter dari paras laut.
  • Walaupun ditimbuni dengan bebanan akademik yang melampau, kami tetap kental mengharungi cabaran Gunung Lambak demi mencari suatu kepuasan diri serta ketenangan jiwa.
  • p/s : gambar2 menunjukkan aku semakin kurus.
  • Tahniah pada semua!