Monday, April 20, 2009

Se-petang Memerah Otak


jlo




koyok




eijat





aku









dan semua...





Friday, April 17, 2009

Amanat Terakhir




"hidup berpegang kepada prinsip bukan berpegang kepada duit"


-Encik Abdul Zaki bin Abdul Wahid-
Pensyarah Subjek Pembinaan Bangunan
Kelas Terakhir ,16 April 2009

Thursday, April 9, 2009

Mahasiswa

Aku tertarik untuk memetik sebuah artikel dari suatu laman blog yang aku temui ketika sedang melayari jaringan maya ini dan aku terasa seperti ingin mahu berkongsi dengan rakan-rakan sementara status aku masih seorang mahasiswa dalam beberapa minggu terakhir ini

"Jumaat malam yang lepas saya berbesar hati dijemput sebagai salah seorang ahli panel Diskusi Ilmiah @ AB anjuran JAKMAS Kolej Kediaman Anugerah Bestari, UMS. Tajuk yang diberikan, 'Mahasiswa Kita Tidak Berbisa'.

Duduk sepentas dengan saya ialah mantan YDP Kolej Kediaman AB, Saudara Yusuf , yang saya acah-acah sebagai bakal Sasterawan Negara, dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan aktivis mahasiswa, Saudara Hasraa, yang memegang portfolio sebagai Exco Kepimpinan dan Latihan.


Pendebat Universiti, Saudara Jass Azliezan bertindak mengemudi majlis.

Saya tidak berhajat mengulas satu-persatu persoalan yang dibincangkan, tetapi berhajat besar membawa mahasiswa meletakkan diri sendiri di dalam salah satu kelompok 'mahasiswa berbisa' yang saya definisikan dalam pusingan pertama forum tersebut. Bagi memudahkan pemahaman pendengar, saya menggunakan tiga spesies haiwan sebagai analogi.

1. Katak

Katak yang dikisahkan ini bukan sebarang katak. Tetapi katak ini ialah spesies yang menyerupai katak berbisa untuk menakutkan musuh, walaupun hakikatnya ia tidak berbisa. Katak ini juga kuat memekik dan berbunyi. Ramai mahasiswa tergolong di dalam kelompok ini; kuat berbunyi, tidak berbisa.

2. Penyengat

Penyengat tidak dinafikan sememangnya berbisa. Malangnya penyengat hanya menyengat bila diancam. Tanpa diganggu, ia tidak memberi kesan kepada makhluq lain yang berada di sekelilingnya. Saya mengkategorikan majoriti pimpinan mahasiswa di dalam kelompok ini.


3. Umang-umang


Umang-umang adalah spesies hidupan air. Ia mempunyai tentakel yang beracun dan melambai-lambai menunggu pemangsa. Sebaik sahaja pemangsa melintas, tentakel yang berbisa akan melumpuhkannya dan dihadam sebagai makanan. Umang-umang, menyengat untuk makanannya, justeru untuk kemandirian spesiesnya.

Mahasiswa berbisa yang hendak kita bentuk ialah mahasiswa spesies umang-umang. Tidak cukup seseorang mahasiswa hanya bersuara bila diganggu atau bila kepentingannya sahaja terancam. Suara mahasiswa adalah suara rakyat. Tidak memadai mahasiswa hanya bersuara untuk dirinya sendiri. Amat malang jika pembentukan mahasiswa di kampus tidak lebih daripada pembentukan kanak-kanak tadika, yang hanya mampu mengadu pensil dicuri dan dikejar anjing kepada cikgu.

Mahasiswa mempunyai kuasa, dan fungsi pimpinan mahasiswa ialah mencari jalan memperkasakan mentaliti dan keupayaan mahasiswa menyedari dan menggunakan kuasanya untuk melakukan perubahan. Pimpinan mahasiswa bukan objek untuk ditunggangi oleh masyarakat kampus guna menyelesaikan maslah yang dihadapi. Mahasiswa dilatih di universiti menjadi wakil rakyat bukannya rakyat yang bergantung kepada wakil rakyat. Dilatih supaya apabila keluar ke tengah masyarakat dituruti bukan menuruti. Memimpin bukan dipimpin. Mempengaruhi bukan dipengaruhi. Maka peranan mereka yang bertanggungjawab harus diteliti supaya mampu menyengat di luar kampus.

Akhir sekali untuk mahasiswa yang dimomokkan oleh perasaan takut dek himpitan AUKU, sekatan kerajaan dan HEP, media dan kesempitan waktu sehingga menjadi alasan tidak dapat beraksi di lapangan umat, saya menghadiahkan kisah ketua kampung orang asli;

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

"OOOO... patutlah tak jalan drebarnya mati tersepittttt... .!!"


Yang membelenggu pemikiran ialah diri sendiri yang tak mahu belajar dan tak ingin mencuba. Tidak ada kuasa yang mampu menghalang jiwa dan hati yang celik dan kemahuan yang tinggi. Dan tidak ada kemahuan yang lebih hebat daripada kemahuan seorang mahasiswa yang ingin melihat perubahan dalam masyarakatnya."


Monday, April 6, 2009

Gunung Lambak Berjaya Ditawan!


permulaan sebuah perjalanan




go!go!go!


kami tak hot,kami cool~~






kurus?


puas


"yeah!"


peace!

  • Aktiviti riadah hujung minggu mencari cabaran sambil memecah lemak pada 4 April 2009 di Gunung Lambak,Kluang Johor.
  • Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam lebih untuk sampai ke puncak setinggi lebih kurang 500 meter dari paras laut.
  • Walaupun ditimbuni dengan bebanan akademik yang melampau, kami tetap kental mengharungi cabaran Gunung Lambak demi mencari suatu kepuasan diri serta ketenangan jiwa.
  • p/s : gambar2 menunjukkan aku semakin kurus.
  • Tahniah pada semua!

Wednesday, March 25, 2009

Malam Gala "Au Revoir" 2009

"aaaaaaaaaaa"


aku eijat koboi

mereka cantik malam itu

batch of civil engineering 2005~2009


makan-makan



Selesai sudah majlis makan malam batch civil uthm 05~09 yang diberi nama "Malam Gala Au Revoir" pada 21 Mac yang lalu...Walaupun agak lewat untuk aku mengulas tentangnya tapi aku tetap berkeras untuk berkata-kata.tak salahkan?..

Majlis yang dihadiri oleh semua pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM itu berakhir dengan penuh gilang gemilang yang pastinya meninggalkan seribu satu kenangan indah buat kami semua..PUAS..itu sahaja perkataan yang mampu untuk aku ucapkan tatkala berakhirnya majlis tersebut.. manakan tidak..menjadi salah seorang ahli jawatankuasa majlis tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah...pelbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh kami untuk menjayakan majlis itu walaupun ianya hanya berlangsung selama tidak lebih dari 5 jam!Fuh!Semuanya adalah untuk memastikan yang terbaik diberikan bukan sahaja untuk diri aku tetapi untuk kami semua...Apapun,aku ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga serta tahniah kepada semua crew/ajk pada malam itu kerana telah berjaya melaksanakan majlis tersebut. Aku sangat senang bekerja dan gembira bersama kamu-kamu semua!Tahniah dan syabas!

Kepada semua kawan-kawan, aku ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana telah memberi sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada kami. Kamu semua cantik-cantik dan segak bergaya pada malam itu. Siapa sangka Lau Pit Yee yang agak pendiam itu akan berpakaian sangat cantik pada malam tersebut?Tak sangka bukan?haha!Apapun sikap sporting dan happening kalian membuatkan majlis itu sangat hidup dan menjadi.Terima Kasih Semua!Kepada yang menang anugerah pada malam tersebut,tahniah diucapkan kepada anda..tak kira anugerah apa yang dimenangi,terimalah hakikat bahawa anda telah memenanginya.bukan senang nak menang anugerah.Daripada 165 pelajar,anda telah terpilih!bermakna anda diingati dan dikenali oleh semua.Jadi,tahniah!Walaupun aku tak menang apa-apa anugerah pada malam itu, aku tetap berkeras mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang baik hati mengundi aku.Undian kamu membuatkan aku tercalon sebanyak 3 kategori!haha!terima kasih!
...dan aku juga ingin memohon ampun dan maaf kepada kamu semua sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada majlis malam itu. Sesungguhnya aku sedar, untuk memuaskan hati semua pihak bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sebagai insan biasa, kita takkan lari dari melakukan kesilapan dan kesilapan itu adalah suatu perkara yang normal dan biasa berlaku.Jadi,maaf sekali lagi.

Kawan-kawan,
Sedar tak sedar kita semakin hari semakin hampir ke penghujung perjalanan kita sebagai seorang mahasiswa di bumi bertuah ini..dan waktu terus berlalu meninggalkan kita..harapan terus menggunung tinggi mencapai cita-cita kita..kutiplah setiap cebisan-cebisan kenangan yang masih tinggal sebagai bekalan memori kita di hari kelak.Usah nanti kita menyalahkan diri sendiri kerana ketinggalan mengutip cebisan-cebisan itu.Dihari-hari mendatang ini, mari kita eratkan tali persahabatan kita.Rapatkan jurang diantara kita.Insyaallah persahabatan kita semua pasti kekal hingga ke akhir hayat.


"friendship forever"

Penghuni rumah no.4,Taman Ria,Parit Raja.

Sunday, March 15, 2009

Popular Kejap


Perhatikan gambar yang berada di atas..

pemuda yang sedang duduk sambil membuat isyarat keamanan itu bukankah kelihatannya seperti aku? haha!

Wednesday, March 11, 2009

Jalan-jalan cari Makan

bersama frank menikmati asam pedas Man Cathay




Asam Pedas Man Cathay memang sangat sedap.Orang kata kalau duduk Batu Pahat kalau tak pernah makan Asam Pedas Man Cathay maknanya tak cukup explore lagi Batu Pahat ni.Kebiasaannya ada tiga jenis ikan iaitu ikan merah,ikan pari, dan juga ikan kembung tapi aku suka makan ikan merah dia..sedap..!!Jadi,kalau korang dah sampai Batu Pahat,cari lah Asam Pedas Man Cathay yang terletak berhadapan dengan BP Walk.Pasti puas hati!Sedap!!






Kita beralih pula ke satu destinasi yang agak popular dikalangan penggemar-penggemar kopi iaitu Kluang Rail Coffee. Juga dikenali sebagai Kluang Coffee Station.Ya,sudah tentu sajian istimewanya ialah kopi Kluang dan juga roti bun yang sangat sedap. Kopi Kluang ini sangatlah popular dan sedap sehinggakan mengikut cerita dari orang-orang tempatan,ada orang-orang yang sanggup menaiki keretapi dari Kuala Lumpur dan berhenti di Stesen keretapi Kluang ini hanya untuk menikmati aroma kopi Kluang dan kelazatan roti bun nya.Dalam pemerhatian aku juga,kelihatannya ramai orang di kedai itu sehingga aku terpaksa berdiri untuk beberapa ketika menunggu turn untuk duduk di meja yang disediakan. Suasana klasik yang dikekalkan di kedai itu juga sangat menarik perhatian para pengunjung.So, siapa-siapa yang belum pernah ke sana, aku sarankan kamu pergi dan mencuba kopi dan roti bun yang terdapat disana.Pasti kamu pula yang menaiki keretapi dari jauh untuk ke sana.haha!



Suasana dalam Kedai Kopi Kluang ataupun Kluang Station Coffee




Possing mesti maut sikit





sihat walafiat