Wednesday, March 25, 2009

Malam Gala "Au Revoir" 2009

"aaaaaaaaaaa"


aku eijat koboi

mereka cantik malam itu

batch of civil engineering 2005~2009


makan-makan



Selesai sudah majlis makan malam batch civil uthm 05~09 yang diberi nama "Malam Gala Au Revoir" pada 21 Mac yang lalu...Walaupun agak lewat untuk aku mengulas tentangnya tapi aku tetap berkeras untuk berkata-kata.tak salahkan?..

Majlis yang dihadiri oleh semua pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM itu berakhir dengan penuh gilang gemilang yang pastinya meninggalkan seribu satu kenangan indah buat kami semua..PUAS..itu sahaja perkataan yang mampu untuk aku ucapkan tatkala berakhirnya majlis tersebut.. manakan tidak..menjadi salah seorang ahli jawatankuasa majlis tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah...pelbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh kami untuk menjayakan majlis itu walaupun ianya hanya berlangsung selama tidak lebih dari 5 jam!Fuh!Semuanya adalah untuk memastikan yang terbaik diberikan bukan sahaja untuk diri aku tetapi untuk kami semua...Apapun,aku ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga serta tahniah kepada semua crew/ajk pada malam itu kerana telah berjaya melaksanakan majlis tersebut. Aku sangat senang bekerja dan gembira bersama kamu-kamu semua!Tahniah dan syabas!

Kepada semua kawan-kawan, aku ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana telah memberi sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada kami. Kamu semua cantik-cantik dan segak bergaya pada malam itu. Siapa sangka Lau Pit Yee yang agak pendiam itu akan berpakaian sangat cantik pada malam tersebut?Tak sangka bukan?haha!Apapun sikap sporting dan happening kalian membuatkan majlis itu sangat hidup dan menjadi.Terima Kasih Semua!Kepada yang menang anugerah pada malam tersebut,tahniah diucapkan kepada anda..tak kira anugerah apa yang dimenangi,terimalah hakikat bahawa anda telah memenanginya.bukan senang nak menang anugerah.Daripada 165 pelajar,anda telah terpilih!bermakna anda diingati dan dikenali oleh semua.Jadi,tahniah!Walaupun aku tak menang apa-apa anugerah pada malam itu, aku tetap berkeras mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang baik hati mengundi aku.Undian kamu membuatkan aku tercalon sebanyak 3 kategori!haha!terima kasih!
...dan aku juga ingin memohon ampun dan maaf kepada kamu semua sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada majlis malam itu. Sesungguhnya aku sedar, untuk memuaskan hati semua pihak bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sebagai insan biasa, kita takkan lari dari melakukan kesilapan dan kesilapan itu adalah suatu perkara yang normal dan biasa berlaku.Jadi,maaf sekali lagi.

Kawan-kawan,
Sedar tak sedar kita semakin hari semakin hampir ke penghujung perjalanan kita sebagai seorang mahasiswa di bumi bertuah ini..dan waktu terus berlalu meninggalkan kita..harapan terus menggunung tinggi mencapai cita-cita kita..kutiplah setiap cebisan-cebisan kenangan yang masih tinggal sebagai bekalan memori kita di hari kelak.Usah nanti kita menyalahkan diri sendiri kerana ketinggalan mengutip cebisan-cebisan itu.Dihari-hari mendatang ini, mari kita eratkan tali persahabatan kita.Rapatkan jurang diantara kita.Insyaallah persahabatan kita semua pasti kekal hingga ke akhir hayat.


"friendship forever"

Penghuni rumah no.4,Taman Ria,Parit Raja.

3 comments:

elly zulkifli said...

gf cam puteri sarah nmpak!!
(heroin aduh saliha)
seksi gak tuh..
terbeliak bijik mate mama kalu die tau..
kem salam dier k?
secret safe!

elly zulkifli said...

ngah, tau cane nak msuk lagu x??

zzxxcc said...

yang sebelah kanan skali gambar last orangnye agak hensem.bleh taw siapa dia :)