Seringkali kita dengar dan baca, manusia belajar dari kesilapan. Kesilapan itu adalah sejarah yang tidak boleh diubah, tetapi menjadi pendorong semangat, tauladan, sempadan dan juga sebagai panduan kepada kehidupan manusia itu. Samada ia mengambilnya dengan perasaan positif atau negatif, itu berdasarkan matlamat jelas untuk masa hadapannya, yakni Akhirat. Ada orang yang mengelak kesilapan dengan belajar dari sejarah orang lain, namun atas dasar berhati-hati, ada sejarah yang telah di manipulasi, seorang tokoh pejuang misalnya, dikatakan pengkhianat dan begitulah sebaliknya, seorang pengkhianat, dikatakan pula seorang pejuang. Jadi, apakah panduan salinan sejarah yang paling benar untuk dijadikan iktibar selain Al-Quran?
Al-Quran, Jaringan Sejarah dan Masa Hadapan
Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang Syumul sifatnya, yang ditanzilkan oleh Tuhan maha pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia. Dengan demikian Allah turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan bagi manusia yang merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Ini termasuklah hal- hal yang berkaitan dengan hubungan antara sesama manusia, manusia dengan Allah dan manusia dengan alam sekitar. Demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia seperti pendidikan, falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan, pertanian, sains, geografi, sejarah, pentadbiran, politik, sosial dan lain-lain, semuanya ada disentuh di dalam Al-Quran.
Al-Quran bukan buku sains dan tidak pula buku sejarah, tetapi ia menyentuh semua perkara secara mujmal. Terserahlah kepada setiap individu dalam bidang masing-masing untuk membuat kajian dan rujukan. Dalam bidang pendidikan ia mengisyaratkan beberapa kaedah, teknik dan falsafahnya sejak 14 abad yang lalu, dan dari falsafah itu pula lahirnya kurikulum.
Cuba selak selembar demi selembar Al-Quran, penuh dengan cerita sejarah. Kenapa sejarah? sedangkan sejarah itu sudah tidak boleh diubah, bukan? Cuba buka minda dan soal kepada diri sendiri, tak perlu jauh, sejarah diri kita sendiri. Setelah kita ada dari tiada, setiap saat kita melakarkan sejarah untuk diri sendiri. Sejarah awal kita, kita tidak tahu berjalan, kita mula dengan merangkak dan terjatuh, kemudian bangun lagi, jatuh lagi dan kemudian bangun lagi sehingga daripada sejarahnya kita tidak tahu berjalan, kini kita boleh berlari. Apa significantnya?
Kita belajar dari Sejarah!
Ketika kita jatuh, kita belajar bagaimana hendak berdiri tanpa jatuh. Ketika kita tersadung kepala pada bucu meja, kita meraung kesakitan, kita belajar dengan sejarah itu untuk tidak lagi melanggar bucu meja dan belajar cara merawat luka dari perlakuan ibu atau bapa yang merawat luka kita (ataupun doktor).
Itu perkara yang mudah dan kecil. Bagaimana dengan pelajaran-pelajaran lain yang lebih besar dalam tanggapan minda kita? Pemerintahan misalnya, begitu banyak ayat Al-Quran menceritakan sejarah tentang corak pemerintahan dunia, dari pemerintahan Allah Swt sendiri dalam surah Al-Mulk, pemerintahan Nabi Sulaiman, Pemerintahan Firaun, Pemerintahaan Bani Israel dan sehingga kepada Pemerintahan Masa depan oleh Umat Islam semula selepas kejatuhan kini.Sejarah mana yang kita boleh yakini 100% tulen untuk kita ambil ia sebagai pengajaran? tentulah Kalamullah yang diwahyukan oleh Allah swt kepada Muhammad Saw melalui Jibril A.s dan disebarkan oleh Rasulullah saw serta para sahabatnya. Sehingga kini Al-Quran, terpelihara.
Kenapa Al-Quran?
Alhamdulillah, majoriti umat Islam menghormati al-Qur'an sebagai sebuah kitab suci. Akan tetapi sayang sekali boleh dikatakan bahawa penghormatan kepada al-Qur'an adalah sesuatu yang dilakukan tanpa menelaah kandungannya, jarang sekali mempraktikkannya. Sejak kecil kita diajar untuk menghormati al-Qur'an semata-mata kerana ia adalah al-Qur'an, bukan kerana pengetahuan tentang apakah al-Qur'an dan peranannya kepada kita sebagai seorang Islam. Sekali-sekala kita mempraktikkan al-Qur'an, namun yang dipraktikkan bukanlah ajarannya tetapi ayat-ayatnya yang diperalatkan untuk tujuan tertentu seperti hiasan dalam rumah, menghalau gangguan makhluk ghaib, melariskan jualan, menyembuhkan penyakit, lulus peperiksaan, memagari rumah dan mengangkat sumpah.
Sememangnya tidak salah untuk menghormati al-Qur'an kerana ia adalah al-Qur'an tetapi jika penghormatan ini didasarkan kepada sikap menelaah dan mempraktikkan kandungannya, ia akan lebih bermakna dan bermanfaat untuk kita semua. Lebih dari itu, dengan menelaah dan mempraktikkan kandungan al-Qur'an, kita sebenarnya mencapai tujuan asal al-Qur'an diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Para ilmuan telah menggariskan bahawa yang dituntut ke atas kita terhadap al-Qur'an adalah:
1. Beriman kepadanya.
2. Membacanya dengan disiplin tajwid sekadar mampu.[1]
3. Menelaahnya, yakni memerhati dan mengkaji kandungannya (tadabbur).
4. Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan.
5. Menyampaikannya sama ada untuk tujuan dakwah atau menegakkan hujah.
6. Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan segelintir umat Islam.
[1] Penulis menggunakan perkataan "sekadar mampu" berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:"Orang yang membaca al-Qur'an dan dia mahir dengan bacaannya itu, maka dia beserta para malaikat yang mulia lagi taat. Sedangkan orang yang membaca al-Qur'an dengan tersekat-sekat dan terasa sukar baginya maka dia mendapat dua pahala."[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, rujukRiyadhus-Shalihin oleh al-Nawawi (Diteliti dan disemak hadisnya oleh Syu 'aib al-Arna'uth, Dar al-Ma'mun, Riyadh 1996) – hadis no: 994.]
Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2]
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi. [an-Nisa' 4:174]
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengan al-Qur'an Allah) keluarkan mereka dari gelap-gelita kepada cahayayang terang-benderang dengan izin-Nya; dan (dengan al-Qur'an Allah) menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. [al-Maidah 5:15-16]
Mungkin 3 ayat di atas telah meyakinkan bahawa kita perlu belajar dari sejarah dunia dari awal penciptaannya hingga kepada masa depan kehancuran dunia dan penghidupan di akhirat. Siapakah yang sangat mengetahui asal usul kejadian dunia, manusia serta kehancurannya? Sudah tentu penciptanya.
Maklumat yang diberikan di dalam Al-Qur'an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur'an telah diturunkan oleh Maha Tinggi Bijaksana.
Haman adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur'an, bersama-sama dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam 6 tempat yang berbeza di dalam Al-Qur'an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.
Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun, nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1.100 tahun selepas era Nabi Musa.
Segolongan penganut non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur'an dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur'an secara tidak tepat.
Kemustahilan dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba.Misteri hiroglifik mesir purba akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun 1799 dengan penemuan sebuah batu bersurat yang dinamakan 'Rosetta Stone' bertarikh kembali pada tahun.Sejarahnya14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.
Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan. Satu dari ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.
Sudah tentu Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti bahwa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.
Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur'an, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.
Pada abad ke 7, ketika Al-Qur'an diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh, bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan kubah langit di atas.
Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh Al-Qur'an. Dalam surah Ar-Ra'd ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang meninggikan langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.
Al-Qur'an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi. Sekarang, mari kita lihat beberapa keajaiban saintifik yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Qur'an bersama-sama.
Al-Quran Menceritakan Sejarah kewujudan alam semesta dalam 6 hari, pengembangan alam semesta, pemisahan langit dan bumi, penentuan orbit, sehingga kepada penciptaan manusia, relativiti masa, serta dunia ke arah kehancuran seisinya.
لَقَدۡ كَانَ فِى قَصَصِہِمۡ عِبۡرَةٌ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِۗ مَا كَانَ حَدِيثً۬ا يُفۡتَرَىٰ وَلَـٰڪِن تَصۡدِيقَ ٱلَّذِى بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَتَفۡصِيلَ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.(Surah Yusuf 12: Ayat ke 111)
Sumber : iluvislam.com
Note : Why should I/we put aside this Manual Of Life ? He gave us everything and yet we still disobey. Think. We are not lost, friend. But we wanted to be lost. The path is inside this Holy Book. Find it. The choice is in your hand.
P/s : Learned and still learning. Found and still finding.
No comments:
Post a Comment