Tuesday, May 15, 2012

# remeh-temeh

#situasi

Ofis.

Pagi.

Baru masuk ofis.


Brader 1 : Fuh,terkedu semalam abang dengar Ustaz *** punya ceramah dalam Tv Al-*****.

Gua : Ha,kenapa pulak bang?

Brader 1 : Ok,abang nak tanya,kau kalau sujud dalam solat,kau turun mana dulu?tangan dulu ke atau lutut dulu?

Gua : Emmmm..lutut dulu kot bang..tengok la keadaan macamana.kalau kaki sakit,tangan dulu.tapi biasanya lutut
dulu la.kenapa?


Brader 1 : Semalam masa abang tengok ceramag dia tu,dia cakap kalau sujud dalam solat kena turun tangan dulu
sebab kalau lutut dulu,kita ni ikut macam unta nak duduk.


Gua : Emm..yeke?dia cakap macam tu ke?ooo....

Akak 1 : Eh,yeke?dulu ingat tak ada satu email kita dapat dari Hj. K****m tu?Dalam email tu cakap lain?

Gua : Ha,apa pulak dia tulis kak?

Akak 1 : Dia cakap,kalau sujud,kena lutut dulu sebab kalau tangan dulu kita ni macam nak sembah berhala.

Gua : Ha,pulak dah.

Brader 1 : Taktau la dik.Tapi semalam memang terkedu la.Lama abang termenung.Rupanya macam unta kita ni kalau
sujud lutut turun dulu.


Gua : *diam*.menung.

Akak : Haih.Entah la.Mana satu betul ni.(sambil ambik newspaper,bawak pegi tempat dia)

Brader 1 : Dah.jom minum!

Gua : Jom!








# manusia itu kan pelbagai?memang diciptakan berbeza.muka dan nama lagikan berbeza.mengapa berpegang kepada manusia?
# apa dah tak ada masalah lain yang lebih besar yang kau boleh fikirkan,kawan?


Bukankah di luar sana,Islam itu dihina,dijijak sehabisnya.Cuba kita kira,berapa ramai Melayu-Islam yang beratur menunggu turn untuk murtad?berapa ramai pula anak luar nikah yang bakanya Melayu-Islam sedang dikembang-biak-kan?Apa kamu masih tidak dapat melihat golongan-golongan yang berserban dan bersongkok yang gah melaungkan perjuangan masing-masing berperang sesama sendiri demi merebut takhta?mana perginya nilai bangsa?mana perginya nilai agama?apakah persoalan lutut atau tangan dahulu lebih penting dari persoalan-persoalan itu tadi?


jadi,apakah yang telah kamu lakukan?



*sigh*



Benar.fikirlah diluar kotak.risaukan perkara temeh kita takkan maju.


*Nanyi*
...ada teratak dihujung kampung,bawah cermin kopak ada kotak,tersembunyi dalamnya ada tempurung,sembunyi bawahnya katak melalak...




Ayuh sahabat.ayuh.kembalilah kepada yang Haq.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

No comments: