Wednesday, July 7, 2010

Perihal Sotong


Salam,

Temasya Piala Dunia edisi 2010 sudah pun hampir melabuhkan tirainya. Tinggal lagi hanya beberapa pasukan sahaja yang akan berentap bagi memburu kejayaan menjulang piala paling berprestij di dunia itu.Pasukan Belanda awal-awal lagi sudah menempah tiket ke final manakala pasukan Jerman dan Sepanyol akan berentap awal pagi ini bagi menentukan tempat ke pusingan akhir. Aku tidak berminat untuk mengulas panjang prestasi serta perkembangan pasukan-pasukan yang bertanding. Biar saja Abu Bakar Atan atau Shebby Singh yang melakukan perkara itu. Walaupun kita tahu mereka tak pernah bermain di Piala Dunia, tapi aku rasa mereka lebih layak berkata-kata. Memang itu tugas mereka pun.kan?:)

Sepanjang temasya kali ini, banyak perkara-perkara menarik yang menjadi perhatian dunia. Vuvuzela, Jaburlani dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian aku adalah seekor sotong yang diberi nama Paul. Sotong jenis kurita yang dimiliki oleh sekumpulan-manusia-berbangsa-Jerman ini dikatakan mempunyai kelebihan menilik 'nasib' pasukan yang bertanding. Disebabkan sotong ini dimiliki oleh sekumpulan-manusia-berbangsa-Jerman, maka sudah tentulah nasib pasukan Jerman yang 'ditiliknya'. Sudah tentu ia juga akan menilik 'nasib' pasukan Sungkai FC sekiranya ianya dimiliki oleh orang-orang-Sungkai. Apa yang menarik ialah kesemua tilikan sotong tersebut adalah tepat!Tidak ada yang salah!Ini adalah suatu perkara yang agak luar biasa bagi kita. Disebabkan itu maka ramailah manusia-manusia yang mempercayai tilikan sotong tersebut.Ya,sotong. Haiwan yang tidak bertulang, lembik, lembut (sebab tu lelaki-lelaki lembut digelar sotong kot.haha!).Yang seronoknya bila berborak dikedai kopi atau di dalam pejabat atau di atas slope atau di dalam Facebook atau dimana-mana sahaja, maka terdengarlah ayat-ayat "Weh,sotong kata malam ni Spain menang!". Jadi?Kau percaya sotong tu?kalau aku letak bendera Behrang FC dan sotong tu pilih bendera Behrang FC kau percaya jugak?


*sigh*


Saudara,

Sebagai seorang manusia yang diciptakan Allah swt sebagai makhluk ciptaan yang paling mulia,adakah kita dengan mudahnya mempercayai tilikan seekor sotong?Aku bukannya apa.Cuma risau dan sangat takut perkara-perkara sebegini boleh menjejaskan akidah umat Islam.Ya, aku tahu aku bukan ustaz. Tapi aku rasa aku concerned. Aku tak mahu disebabkan seekor sotong, sahabat-sahabat aku, teman-teman aku, awek-awek aku (eh,silap!),terjejas akidah masing-masing.Kita sendiri tahu bahawa mempercayai tilikan nasib itu hukumnya adalah haram.Syirik.Dan syirik itu pula adalah satu-satunya dosa yang tidak diampun Allah swt.Nauzubillah. Mungkin bagi orang-orang bukan Islam,mereka percaya bahawa sotong itu punyai kelebihan untuk menilik nasib.Kebetulan pula semua tilikannya tepat.Tetapi bagi kita sebagai seorang yang beragama Islam adakah kita juga boleh percaya kepada sotong tersebut? Kasihan sotong..dia pun makhluk Allah jugak. Pergerakkannya itupun ditentukan oleh Allah.


Apa yang lebih sedih,bila sotong dah buat kerja dia maka ramai lah yang tiba-tiba jadi hero dengan berkata, "Ok, sapa nak bet.Aku bubuh Rm50".Wow.Dah lah percaya sotong, judi pulak tu.Yang sedihnya sebab yang bercakap tu orang Melayu.Islam.Sedih.Berapa ramai diluar sana yang begitu?Yang best nya lagi, sekian media arus perdana berlumba-lumba menyiarkan apakah tilikan si sotong pada setiap kali sotong melaksanakan tugasnya yang mana bagi aku ianya seolah-olah 'menghalalkan' atau 'menjuruskan' masyarakat supaya mempercayai tilikan si sotong tersebut.


*sigh*


Ok.Mungkin aku kelihatannya berkata-kata seperti seorang ustaz atau pun peserta rancangan Imam Muda.Aku tahu aku bukan baik sangat untuk berkata-kata sebegini.Tapi macam aku cakap tadi,aku concern. Aku peduli. Alaa..macam Shebby Singh la. kan?

Sampai sini dulu.jauh disudut hati aku berharap agar Jerman menang bertemu dengan Spain (walaupun aku penyokong Spain) supaya orang dah tak percaya sotong tu lagi.

No comments: