Wednesday, November 30, 2011

Usah Dibiar Diri Menjadi Mangsa Sistem Yang Ditinggal Kolonial.



Baca sampai habis kerana itu adalah lebih baik. Cerna Minda. Usah bekukannya.






Oleh : Zainal Salleh



Pergeseran di antara dua parti politik terbesar Melayu Malaysia kini semakin getir. Baik Umno mahupun PAS, masing-masing tidak mahu mengalah. Ego dan ketaksuban dan assabiyah semakin menjadi-jadi hingga gelagat kedua-duanya sudah masuk langkah menyanggah ajaran Islam sendiri.Pastinya ini adalah sesuatu yang malang bagi umat Melayu. Namun apabila dilihat dari sudut pengalaman politik umat Islam sejagat, ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap luar biasa.Dalam sejarah umat Islam, perbalahan yang membawa pertumpuhan darah bukanlah sesuatu yang baru. Dalam Perang Jamal dan Perang Siffin, ramai yang terkorban kerana cuba menegakkan kebenaran menurut kacamata masing-masing.Yang menyedihkan pertempuran berdarah ini membabitkan sahabat kerabat baginda Rasulullah SAW sendiri. Namun Rasulullah SAW semasa hayat baginda sudah menyimpulkan bahawa perbedaan pendapat di kalangan umat sebenarnya adalah satu rahmat; sekurang-kurangnya tidak semua umat akan tersesat oleh kerana pegangan yang tidak menepati kebenaran.





Menyatupadukan umat




Pengajaran daripada Rasulullah berhubung perbedaan pandangan ini bukanlah bermaksud bahawa Baginda bersikap pesimis apatah lagi fatalistik sehingga putus harapan bahawa umat boleh bersatu. Malah sebaliknya, petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT menerusi malaikat Jibrail kepada Rasulullah banyak mengandungi pedoman yang jelas, tegas dan tuntas betapa perpaduan adalah anak kunci keredhaan Allah SWT.


“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh” Surah Al Jumaah ayat 4.


Malah di samping itu Allah juga membimbing umat Nabi Muhammad SAW supaya sentiasa mengutamakan usaha untuk menyatupadukan umat yang bersengketa. Lantas muslimin dipimpin supaya mengambil sikap diplomatik dan adil terhadap mana-mana pihak muslimin yang bertikai.


“Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil. Sesungguhnya, Allah mencintai orang yang berlaku adil.” Al Hujurat ayat 9.


Di sini adalah jelas bahawa dalam menemukan pihak-pihak muslimin yang bertikai satu prinsip mesti dipatuhi - keadilan. Secara adil, pihak ketiga yang cuba mendamaikan umat yang bersengketa mestilah menggunakan neraca keadilan dan wajib berpihak kepada golongan yang teraniaya sehingga wajib menggunakan kekerasan bagi membela yang tertindas.




Menzalimi saudara seagama



Apabila pihak yang menzalimi saudara seagama mereka sudah dapat ditundukkan dan lunak kepada perintah Allah, langkah seterusnya yang perlu diambil ialah mendamaikan mereka. Ini bermakna sikap kepala batu dan hanya mahu menang sahaja harus diketepikan.Sehubungan itu, perbalahan Umno dengan PAS dan pada peringkat tertentu meliputi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mesti dihalakan kepada penghujungnya - perdamaian! Ini perintah Allah. Gunakanlah hujah apapun jua, perintah Allah tidak boleh disanggah apatah lagi dikesampingkan begitu sahaja.


“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” al Hujurat ayat 10.

PAS dan Umno harus mengambil iktibar daripada perintah Allah yang cukup jelas ini.Allah tidak akan menurunkan rahmatNya ke atas orang yang memandang remeh ketetapanNya ini.




Cemuh mencemuh




Episod persaingan Umno-PAS kini nampaknya bukan sahaja tidak menjuruskan ke arah mencari rahmat Allah malah menjadi semakin meruncing dan mungkin menikam dasar keimanan masing-masing. Malah pergeseran politik muslimin kedua-dua belah pihak seolah-olah menunjukkan keangkuhan terhadap perintah dan larangan Allah.Cemuh mencemuh, fitnah memfitnah serta benci membenci semakin semarak dihamburkan oleh pengikut dan pemimpin kedua-dua belah pihak; seolah-olah tidak pernah menerima perintah Allah SWT.


“Wahai orang-orang beriman janganlah sesuatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olok)…” al Hujurat ayat 11.


Malangnya, apa yang dilihat dihamburkan oleh pemimpin dan pengikut PAS dan Umno hari ini dan kemudian disebarkan oleh media milik masing-masing serta dilebarkan oleh alam siber benar-benar tidak menghiraukan firman Allah.


“Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Al Hujurat ayat 11.


Nauzubillah. Bagi politikus muslim tetapi tidak menghiraukan peringatan Allah ini seharusnya mereka insaf bahawa tindak tanduk mereka dalam percubaan menundukkan saingan politik mereka mungkin bukan sahaja tidak mendapat rahmat Allah malah akan menggolongkan mereka dalam kategori manusia yang zalim di sisi Allah!





Bersandar adab




Rukun politik menurut Islam bersandar adab. Sementara paksi adab yang baik ialah keadilan. Adilkah Pas yang berulang-ulang kali menuduh Umno tidak memperjuangkan Islam kerana gagal meyakinkan kerabat politik mereka yang bukan Islam seperti MCA, MIC dan lain-lainnya untuk memahami Islam?Malah, sebaliknya ada pemimpin dan penyokong PAS yang menuduh Umno bertanggungjawab menggalakkan mereka untuk mengutuk undang-undang Allah seperti hudud misalnya!Jika benar demikian, apakah keadaannnya yang menyebabkan PAS tidak berjaya dalam banyak pilihanraya umum untuk menawan Gua Musang di Kelantan misalnya, kerana gagal meyakinkan sebilangan besar pengundi dari keturuan Orang Asal akan keadilan dan kebesaran Islam?Apakah pula yang telah dilakukan oleh PAS untuk mengajak pribumi Sabah dan Sarawak untuk mengikuti ajaran Islam sehingga ia sering gagal sebegitu teruk dalam pilihanraya di kedua-dua negeri itu? Mesti ada yang tidak kena dengan usaha dakwah PAS! Atau, PAS lebih mengutamakan persaingan politik daripada kebenaran?Umno ada cacatnya. Begitu juga PAS. Malangnya, kedua-duanya berasa pihak dan hujah mereka sahaja yang benar. Malah, pemimpin PAS berkali-kali menyatakan kesediaan untuk membubarkan parti itu jika Umno bersetuju untuk melaksanakan ajaran Islam di negara ini dan menyertai Umno!Umno bukan sempurna Islamnya. Begitu juga PAS. Yang Maha Sempurna adalah Allah. Petunjuk daripadanya sudah sedia diperturunkan oleh Rasulullah kepada seluruh umat Islam; termasuk Umno dan PAS.Hanya nafsu yang menghalang mereka berdamai dan berlaku adil. Jika umat Islam mula menunjukkan kejengkelan mereka terhadap Umno dan PAS yang kini nampaknya lebih senang bermuafakat dengan bukan Islam, jangan kesal nanti sebagai pihak yang mendakwa mahu mengikut ajaran Islam kelak akan terperosok di neraka kerana sebenarnya mereka amat berdosa membiarkan umat tidak terpimpin kerana didorong ego dan nafsu serakah ingin berkuasa.







# Sekadar perkongsian dalam mengajak kearah kebersatuan umat.
# Tulisan ini diekstrak dari sini

Monday, September 26, 2011

Ayuh!

Hari ini. Mereka terus bercakaran lagi.

Cakar dan bercakar sampai bila pun aku tak tahu.

Kononnya demi anak bangsa dan maruah agama.

Si A kata Si B salah, dia betul.

Si B kata Si A salah, dia betul.

Si C dan Si D duduk tepi tepuk tangan sambil mengangkat gelas berisi todi tanda kemenangan.

Aku selalu tanya, kenapa Si A dan Si B mahu terus bergaduh?

Apakah mereka tidak sedar mereka sebenarnya sedang dipijak-pijak dan diperbodohkan oleh diri mereka sendiri?

Mana pergi bangsa? Mana pergi agama ?

Apakah ini cerminan bangsa merdeka? Apakah ini yang diajar agama?

Ayuh. Buka mata. Buka hati. Buka minda.

Jangan terus diperdaya.

Percayalah, ini semua agenda yang telah disusun skripnya puluhan tahun lamanya.

Maka, inilah hasilnya. Tonton filem ini sepuasnya sampai kau rasa muak.

Ayuh, Buka mata. Buka hati. Buka minda.

M. Nasir kata dalam lagunya, "Lihat dunia dari mata burung, bukan dari bawah tempurung".

Bangun, usah biar diri dikurung.



Ayuh anak muda. Bangkitlah. Biarkan bapak-bapak kita bertelingkah sesama mereka.

Sedarlah kita punyai tugas berat. Usah biar diri dibelengu dan terus dungu.

Bangun dan tunjuk kebaktianmu !

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Walau apa pun yang kita telingkahkan. . . .

Sedarlah bahawa kita adalah satu.

Sunday, July 24, 2011

Pelik tapi Benar!






Kadang-kadang,


Kita Pelik,


Manusia sanggup pergi merata-rata dalam dunia ini semata-mata untuk mencari kepuasan sendiri. Untuk bercamping,bercuti... Tapi bila diajak untuk sama-sama memahami AlQuran, bermacam alasan diberikan.



"Jauh sangat la bro...takde dekat sikit ke...."





Kadang-kadang,


Kita Pelik,


Manusia sanggup bekerja sampai lewat malam di pejabat semata-mata untuk menyiapkan tugasan dari bos. Biar badan penat takpa.. Tapi bila diajak untuk sama-sama memahami AlQuran. Bermacam alasan diberikan.



"Ala bro..keje aku banyak la bro...ko pegi dulu la ye..."





Kadang-kadang,


Kita Pelik,


Manusia sanggup pergi ke stadium jauh-jauh untuk menonton perlawanan bolasepak. Tiket mahal,tol mahal, badan penat, bersesak-sesak kat stadium pun takpa... Tapi bila diajak untuk sama-sama memahami AlQuran. Bermacam alasan diberikan.



"Alamak bro..aku penat la hari ni..banyak keje...ko pegi jela dulu.."





Kadang-kadang,


Kita Pelik,


Manusia sanggup main futsal, mainbola, main badminton, jamming, hingga lewat malam. Biar badan penat takpa.. Tapi bila diajak untuk sama-sama memahami AlQuran. Bermacam alasan diberikan.



"Ala bro.malam lain la bro...malam ni ada badminton...malam esok bola.."





Kadang-kadang,


Kita Pelik,


Manusia sanggup berfikir hingga lewat malam untuk mencari jalan memajukan bisnes,mencari peluang bisnes baru. Biar bangun lambat pun takpa, biar badan penat pun takpa.... Tapi bila diajak untuk sama-sama berfikir bagaimana mahu mengajak umat untuk memahami AlQuran, bermacam alasan diberikan.





"Bro..ini soal bisnes bro...lain....agama lain...aku bukan tak solat pun.."





Kawan.jangan kita terlalu mencari alasan dalam mencari jalan. Kerana Allah juga tidak akan memberi alasan untuk menarik segala nikmat yang telah Dia kurniakan. Aku tidak mengajak kamu membuat kejahatan. Aku cuma cuba mengajak kamu ke arah kebaikan.



Bukan tak boleh bercuti,bercamping. boleh. tapi balance kan la

Bukan tak boleh rajin bekerja. boleh. tapi balance kan la.

Bukan tak boleh pergi tengok bola. boleh. tapi balance kan la.

Bukan tak boleh main bola,main badminton,main futsal. boleh. tapi balance kan la.

Bukan tak boleh berbisnes. boleh. tapi balance kan la.



Kenapa kita suka banyak bagi alasan kepada Allah sedangkan apa yang kita ada hari ini semuanya datang dari Dia?






Semoga Allah memberi hidayah pada kamu sebelum ajal menjemput engkau.










Wednesday, July 13, 2011

............

"Hanya pada Mu kami sembah, dan hanya pada Mu kami memohon pertolongan"

surah 1 : ayat 5



Jangan kita sombong dengan Allah kerana Allah tak perlukan sedikit pun pertolongan dari kita. Kita lah yang lebih memerlukan Allah lebih dari segalanya.







Tapi Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.....





Kawan, semoga Allah membuka hati kau suatu hari nanti untuk kau tunduk menyembah-Nya.




............................................................



............................................



..................................



....................



............




.......semoga Allah tabahkan hati aku dalam menempuh jalan ini. Amin.

Thursday, July 7, 2011

Nak buat hantaran ke dik?

Hari ni. Pekan Tanjung Malim.





Kedai Teh Zakiah. Menjual buku-buku ilmiah dan keperluan Muslim.





Dalam kedai. Seorang makcik sedang menjaga kaunter sambil menyuap nasi. Terdapat juga seorang pakcik yang berkemungkinan besar suami kepada makcik tadi sedang menggantung baju jubah di premisnya itu.







Aku melangkah masuk ke dalam kedai.








Makcik Kedai : Ye dik, cari ape ?






Aku : Emm..Al-quran terjemahan ade jual tak makcik ?






Makcik Kedai : Ade. Ni ha. (sambil menghulurkan Alquran terjemahan)






Aku : (belek-belek isi kandungan Quran terjemahan)






Makcik Kedai : Nak buat hantaran ke ?






Aku : (Pandang makcik, lalu berkata) Ishh, tak la makcik.






Makcik Kedai : Yela, biasanya orang beli, deme nak buat hantaran...(sambil tersenyum)







Aku : (Senyum kembali pada makcik. Bayar. ) Terima kasih makcik, saya beli.





Makcik Kedai : Sama-sama. Jual.








Masuk kereta. Gerak pergi.







Dalam kereta. Diam.



Fikir. Monologue.



Itulah realitinya hari ini. Quran hanya sekadar dijadikan barang hantaran. Maka, tidak hairanlah banyak kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.



Maka, apa peranan kita?




P/s : Semoga kome jumpa jalan kome.



* Sigh *

Monday, May 16, 2011

Kisah Sejarah Paling Benar

Seringkali kita dengar dan baca, manusia belajar dari kesilapan. Kesilapan itu adalah sejarah yang tidak boleh diubah, tetapi menjadi pendorong semangat, tauladan, sempadan dan juga sebagai panduan kepada kehidupan manusia itu. Samada ia mengambilnya dengan perasaan positif atau negatif, itu berdasarkan matlamat jelas untuk masa hadapannya, yakni Akhirat. Ada orang yang mengelak kesilapan dengan belajar dari sejarah orang lain, namun atas dasar berhati-hati, ada sejarah yang telah di manipulasi, seorang tokoh pejuang misalnya, dikatakan pengkhianat dan begitulah sebaliknya, seorang pengkhianat, dikatakan pula seorang pejuang. Jadi, apakah panduan salinan sejarah yang paling benar untuk dijadikan iktibar selain Al-Quran?


Al-Quran, Jaringan Sejarah dan Masa Hadapan

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang Syumul sifatnya, yang ditanzilkan oleh Tuhan maha pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia. Dengan demikian Allah turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan bagi manusia yang merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Ini termasuklah hal- hal yang berkaitan dengan hubungan antara sesama manusia, manusia dengan Allah dan manusia dengan alam sekitar. Demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia seperti pendidikan, falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan, pertanian, sains, geografi, sejarah, pentadbiran, politik, sosial dan lain-lain, semuanya ada disentuh di dalam Al-Quran.
Al-Quran bukan buku sains dan tidak pula buku sejarah, tetapi ia menyentuh semua perkara secara mujmal. Terserahlah kepada setiap individu dalam bidang masing-masing untuk membuat kajian dan rujukan. Dalam bidang pendidikan ia mengisyaratkan beberapa kaedah, teknik dan falsafahnya sejak 14 abad yang lalu, dan dari falsafah itu pula lahirnya kurikulum.
Cuba selak selembar demi selembar Al-Quran, penuh dengan cerita sejarah. Kenapa sejarah? sedangkan sejarah itu sudah tidak boleh diubah, bukan? Cuba buka minda dan soal kepada diri sendiri, tak perlu jauh, sejarah diri kita sendiri. Setelah kita ada dari tiada, setiap saat kita melakarkan sejarah untuk diri sendiri. Sejarah awal kita, kita tidak tahu berjalan, kita mula dengan merangkak dan terjatuh, kemudian bangun lagi, jatuh lagi dan kemudian bangun lagi sehingga daripada sejarahnya kita tidak tahu berjalan, kini kita boleh berlari. Apa significantnya?


Kita belajar dari Sejarah!

Ketika kita jatuh, kita belajar bagaimana hendak berdiri tanpa jatuh. Ketika kita tersadung kepala pada bucu meja, kita meraung kesakitan, kita belajar dengan sejarah itu untuk tidak lagi melanggar bucu meja dan belajar cara merawat luka dari perlakuan ibu atau bapa yang merawat luka kita (ataupun doktor).
Itu perkara yang mudah dan kecil. Bagaimana dengan pelajaran-pelajaran lain yang lebih besar dalam tanggapan minda kita? Pemerintahan misalnya, begitu banyak ayat Al-Quran menceritakan sejarah tentang corak pemerintahan dunia, dari pemerintahan Allah Swt sendiri dalam surah Al-Mulk, pemerintahan Nabi Sulaiman, Pemerintahan Firaun, Pemerintahaan Bani Israel dan sehingga kepada Pemerintahan Masa depan oleh Umat Islam semula selepas kejatuhan kini.Sejarah mana yang kita boleh yakini 100% tulen untuk kita ambil ia sebagai pengajaran? tentulah Kalamullah yang diwahyukan oleh Allah swt kepada Muhammad Saw melalui Jibril A.s dan disebarkan oleh Rasulullah saw serta para sahabatnya. Sehingga kini Al-Quran, terpelihara.


Kenapa Al-Quran?

Alhamdulillah, majoriti umat Islam menghormati al-Qur'an sebagai sebuah kitab suci. Akan tetapi sayang sekali boleh dikatakan bahawa penghormatan kepada al-Qur'an adalah sesuatu yang dilakukan tanpa menelaah kandungannya, jarang sekali mempraktikkannya. Sejak kecil kita diajar untuk menghormati al-Qur'an semata-mata kerana ia adalah al-Qur'an, bukan kerana pengetahuan tentang apakah al-Qur'an dan peranannya kepada kita sebagai seorang Islam. Sekali-sekala kita mempraktikkan al-Qur'an, namun yang dipraktikkan bukanlah ajarannya tetapi ayat-ayatnya yang diperalatkan untuk tujuan tertentu seperti hiasan dalam rumah, menghalau gangguan makhluk ghaib, melariskan jualan, menyembuhkan penyakit, lulus peperiksaan, memagari rumah dan mengangkat sumpah.
Sememangnya tidak salah untuk menghormati al-Qur'an kerana ia adalah al-Qur'an tetapi jika penghormatan ini didasarkan kepada sikap menelaah dan mempraktikkan kandungannya, ia akan lebih bermakna dan bermanfaat untuk kita semua. Lebih dari itu, dengan menelaah dan mempraktikkan kandungan al-Qur'an, kita sebenarnya mencapai tujuan asal al-Qur'an diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Para ilmuan telah menggariskan bahawa yang dituntut ke atas kita terhadap al-Qur'an adalah:

1. Beriman kepadanya.
2. Membacanya dengan disiplin tajwid sekadar mampu.[1]
3. Menelaahnya, yakni memerhati dan mengkaji kandungannya (tadabbur).
4. Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan.
5. Menyampaikannya sama ada untuk tujuan dakwah atau menegakkan hujah.
6. Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan segelintir umat Islam.
[1] Penulis menggunakan perkataan "sekadar mampu" berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:"Orang yang membaca al-Qur'an dan dia mahir dengan bacaannya itu, maka dia beserta para malaikat yang mulia lagi taat. Sedangkan orang yang membaca al-Qur'an dengan tersekat-sekat dan terasa sukar baginya maka dia mendapat dua pahala."[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, rujukRiyadhus-Shalihin oleh al-Nawawi (Diteliti dan disemak hadisnya oleh Syu 'aib al-Arna'uth, Dar al-Ma'mun, Riyadh 1996) – hadis no: 994.]
Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2]
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi. [an-Nisa' 4:174]
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengan al-Qur'an Allah) keluarkan mereka dari gelap-gelita kepada cahayayang terang-benderang dengan izin-Nya; dan (dengan al-Qur'an Allah) menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. [al-Maidah 5:15-16]
Mungkin 3 ayat di atas telah meyakinkan bahawa kita perlu belajar dari sejarah dunia dari awal penciptaannya hingga kepada masa depan kehancuran dunia dan penghidupan di akhirat. Siapakah yang sangat mengetahui asal usul kejadian dunia, manusia serta kehancurannya? Sudah tentu penciptanya.


Maklumat yang diberikan di dalam Al-Qur'an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur'an telah diturunkan oleh Maha Tinggi Bijaksana.
Haman adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur'an, bersama-sama dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam 6 tempat yang berbeza di dalam Al-Qur'an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.
Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun, nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1.100 tahun selepas era Nabi Musa.


Segolongan penganut non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur'an dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur'an secara tidak tepat.
Kemustahilan dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba.Misteri hiroglifik mesir purba akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun 1799 dengan penemuan sebuah batu bersurat yang dinamakan 'Rosetta Stone' bertarikh kembali pada tahun.Sejarahnya14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.
Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan. Satu dari ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.


Sudah tentu Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti bahwa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.
Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur'an, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.

Pada abad ke 7, ketika Al-Qur'an diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh, bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan kubah langit di atas.

Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh Al-Qur'an. Dalam surah Ar-Ra'd ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang meninggikan langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.

Al-Qur'an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi. Sekarang, mari kita lihat beberapa keajaiban saintifik yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Qur'an bersama-sama.

Al-Quran Menceritakan Sejarah kewujudan alam semesta dalam 6 hari, pengembangan alam semesta, pemisahan langit dan bumi, penentuan orbit, sehingga kepada penciptaan manusia, relativiti masa, serta dunia ke arah kehancuran seisinya.




لَقَدۡ كَانَ فِى قَصَصِہِمۡ عِبۡرَةٌ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ‌ۗ مَا كَانَ حَدِيثً۬ا يُفۡتَرَىٰ وَلَـٰڪِن تَصۡدِيقَ ٱلَّذِى بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَتَفۡصِيلَ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ


Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.(Surah Yusuf 12: Ayat ke 111)



Sumber : iluvislam.com



Note : Why should I/we put aside this Manual Of Life ? He gave us everything and yet we still disobey. Think. We are not lost, friend. But we wanted to be lost. The path is inside this Holy Book. Find it. The choice is in your hand.



P/s : Learned and still learning. Found and still finding.

Saturday, September 25, 2010

Eidul Fitr 2010




Salam semua,

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua sempena sambutan hari raya pada tahun ini. Semoga kita semua menyambut nya dengan penuh rasa kesyukuran di atas segala nikmat yang telah diberikan oleh-Nya.Alhamdulillah..


Pejam celik pejam celik sudah hampir 2 minggu lebih kita meninggalkan Ramadhan dan menyambut Syawal.Terasa begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.Rasanya seperti baru semalam kita menunaikan ibadah puasa menahan lapar dan dahaga disamping menahan nafsu serakah,berkunjung ke bazar-bazar Ramadhan membeli juadah untuk berbuka,menunaikan ibadah solat sunat terawih secara berjemaah,bersahur pada awal pagi untuk mendapat keberkatan dan hari ini kita telah pun hampir meninggalkan Syawal pada tahun ini. Betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Hari demi hari berlalu dan kita pun menjadi semakin tua..




adakalanya aku bertanya....



* Apakah mungkin kita akan bertemu dengan Ramadhan dan Syawal yang seterusnya......?