Friday, October 31, 2008

Seeing the world : Part 1 Melaka

Assalamualaikum..Sini ada satu pengumuman,membe aku (Izaidy@Majin) akan run satu fotography camp dalam bulan Disember ni..Sapa-sapa yang berminat dunia fotografi boleh klik sini untuk maklumat lebih lanjut..Sekian

Sunday, October 26, 2008

Cover Album Terbaru

Semalam sambil aku godek-godek komputer aku ni..tetibe aku terjumpe gambar ni....




wah..sekali tengok..macam cover album kumpulan mane je..hahaha..pandai jugak anak cucu Sarjan Din ni posing ek..dengan sarjan-sarjan sekali posing.. tak tahan..hahaha!Anyway,steady la!hensem-hensem sume zuriat Sarjan Din..ngeh2..




captions : me,tokki a.ka sarjan din,abg pie, dan abah saya

Tuesday, October 21, 2008

Masalah

Semua orang di dunia ini pasti pernah menghadapi masalah dalam hidupnya. Dari zaman Nabi Adam a.s sehinggalah pada zaman kita sekarang ini. Setiap manusisa pasti tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah dalam hidupnya. Masalah itu ada pelbagai jenis. Masalah kesihatan, masalah kewangan, masalah pelajaran, masalah hubungan dan macam-macam lagi jenis masalah.Pendek kata,setiap perkara itu pasti wujudnya masalah.

Apa sebenar nya masalah itu? Masalah boleh diinterpretasi dengan pelbagai cara. Ada orang menganggap masalah sebagai satu bebanan. Maka, masalah adalah sesuatu yang sangat dibenci oleh individu tersebut. Apabila berdepan dengan suatu masalah,segala sumpah seranah terpacul dari mulut invidu itu tanpa menyedari tindakannya itu. Pelbagai andaian dibuat untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati terhadap masalah tersebut...Ada juga jenis orang yang apabila menghadapi masalah dalam hidupnya, masalah itu dibiarkan saja tanpa apa-apa tindakan.Baginya,biar masa yang menentukan dan menyelesaikan masalah itu.Jadi,tidur saja! Moga apabila terjaga kelak, masalah itu akan selesai..haha. Mudahnya cara berfikir..Ada orang, apabila menghadapi masalah,dia bersedih. Bersedih seolah-olah itulah pengakhirannya di dunia ini.Bersedih apabila menghadapi masalah itu tanpa mahu mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikannya. Terperuk dalam bilik,kunci pintu dan sebagai nya..Bila mahu selesai masalah ?...Ada pula jenis orang yang menggangap masalah itu sebagai satu cabaran. Baginya,suatu masalah itu tidak harus dianggap sebagai satu bebanan malah ia adalah suatu cabaran untuknya untuk meneruskan kehidupan dan jika cabaran itu berjaya diatasi, maka adalah satu kejayaan baginya. Ini dapat menjadikan dia bergerak ke suatu tahap pencapaian yang lebih baik..Apapun tanggapan dibuat,masing-masing mempunyai cara dan tafsiran sendiri. Bergantung pada tahap pemikiran dan ilmu yang ada..Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi masalah dan cara menyelesaikannya.Terpulanglah..

Masalah itu adalah cabaran..cabaran itu pula merupakan ujian..dan ujian itu datang dari Allah s.w.t..Percayalah, setiap ujian itu datang dari-Nya untuk menguji tahap keimanan kita sebagai hambaNya di dunia ini..Perlukah kita melatah apabila diberi sesuatu ujian? Perlukah kita bersumpah seranah apabila sedang menghadapi masalah?Dari siapa masalah itu datang? Perlukah kita mempersoalkan mengapa masalah itu terjadi pada kita bukan dia?Apakah kita tidak redha dengan ujian yang diberi olehNya? kita mengaku kita percayakan Qadha dan Qadar,tetapi apabila menghadapi masalah yakni ujian dariNya, mengapa kita mengeluh? mengapa kita persoal?mengapa kita memaki?Maki pada siapa?mengeluh pada siapa? kadang-kadang kita tidak sedar pun perkara ini berlaku.kita tidak mahu pun ianya berlaku. Tetapi, perkara ini biasa berlaku. Ya, kita manusia biasa. Tetapi adakah dengan status 'manusia biasa' itu menghalalkannya berlaku dan berterusan berlaku?? apakah tiada tindakan dari kita untuk memperbetulkannya? Perlukah ianya dibiarkan menjadi habit harian tanpa sebarang tindakan?tepuk dada tanya selera.Marah pada siapa? Dia? Fikirlah. Hadapilah masalah dan ujian dengan hati yang tenang dan redha. Insyallah..Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..Kembali pada Dia..

Sunday, October 19, 2008

Terapi Solat

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Sumber : Berita Harian Online (Ahad,19 oktober 2008)


p/s : sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan


Thursday, October 16, 2008

sibuk

kesibukan yang mencengkam membataskan aku untuk menulis sebarang posting disini pada ketika ini..mungkin bila ada kesempatan,pasti akan ada posting terbaru..harap maklum..

Friday, October 10, 2008

Perubahan

Berubah?
Siapa yang berubah?
Mengapa berubah?
Apa yang berubah?
wajah?kaedah?

Berubah?hijrah?
samakah?
Fikirlah...

berubahlah..
baik ke buruk
buruk ke teruk

berubahlah..
buruk ke baik
baik ke lebih baik
jangan pelik

Nah.Pilih.baik atau buruk..kamu tentukan..
Tepuklah dada,tanyalah selera.
jangan cakap saja.buat.
Berubah dengan ikhlas..
Bukan paksaan..
fikir masa depan..

Kamu tahu apa yang kamu mahu.
terletak pada kamu untuk memilih yang mana satu..
Berubahlah..

Ingat..
hanya DIA yang satu..

Wednesday, October 8, 2008

Pasca Raya

Selesai sudah berhari raya..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Tiada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku..syukur..Hari raya pertama disambut dengan sederhana tapi tetap meriah dengan kehadiran ahli-ahli keluarga tersayang yang telah lama tidak berjumpa..Kami sekeluarga beraya di Bidor pada hari raya pertama dan di Kuantan pada hari raya kedua dan ketiga..Kenangan-kenangan ketika berhari raya akan tetap berada dalam ingatan..semoga kita berjumpa lagi dengan Hari Raya yang seterusnya..insyaallah..

Raya sudah..puasa pun sudah..kini kembali kepada kehidupan biasa..ya..kehidupan yang sarat dengan wacana ilmu dan memerah kepala otak..minggu-minggu yang mendatang akan penuh dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dan juga ujian-ujian serta peperiksaan-periksaan yang perlu ditempuh..ditambah pula dengan projek Sarjana Muda makin lah ia mencekik tengkuk aku ni.. haha..xpe..jangan mengeluh..x elok mengeluh..anggap sebagai cabaran,pasti semua berjalan lancar.pasti.yeahh..go jimi go!!!haha.ok.till next time