Friday, December 25, 2009

Selamat Tinggal 2009

Sedar tak sedar tirai tahun 2009 semakin hampir kepada penghujungnya. Aku pun dah lama update blog aku ni. Dah bersawang dah pun. haha. Sorry..kepadatan masa dan komitmen kepada tugas membataskan aktiviti berblog buat masa ini...

2009.

Banyak perkara-perkara besar yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2009 ini.Banyak juga perkara-perkara yang telah aku belajar secara langsung atau tidak langsung dari keadaan persekitaran,kawan-kawan dan orang-orang yang berada disekeliling aku.Terima kasih kepada kamu semua.Pengalaman sepanjang tahun 2009 sangat bermakna yang akan aku bawa sampai bila-bila.


Pendidikan


Alhandulillah..setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang bergelar Mahasiswa, akhirnya pada tanggal 8 hb Ogos 2009 aku telah dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian oleh Senat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.Segala Syukur kepada Tuhan pemberi rezeki.Terima Kasih kepada Keluarga terutamanya Mama dan Abah.Tak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan.Terima Kasih...

Ada juga menyimpan niat untuk menyambung pendidikan ke peringkat Sarjana tetapi merasakan pada usia-usia muda sebegini elok aku mencari pengalaman dahulu dengan bekerja.Biarlah aku berehat seketika dari dunia 'Mahasiswa'. Nanti dah lemaw kerja aku sambung balik belajar.Insyaallah.


Kerjaya


Oh ya.Aku kini bekerja sebagai seorang Jurutera Projek untuk sebuah syarikat kontraktor bumiputera di Ipoh dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek membina Klinik Desa di bawah Rancangan Malaysia ke-9 yang mana terdapat sebanyak 21 buah klinik di seluruh negeri Perak dan sebahagiannya terletak di negeri Selangor. Sebuah projek yang berskala sederhana tetapi sangat-sangat mencabar kerana jarak di antara tapak ke satu tapak yang berjauhan.(Habis kereta mak aku nak kena servis 2 bulan sekali).


Alhamdulillah..selepas 5 bulan aku bekerja sebagai Jurutera, aku rasa dapat menyesuaikan diri aku terhadap persekitaran kerja. Memang pada mulanya aku berada dalam keadaan-tekanan-yang-amat-dasyat sebelum dapat menyesuaikan diri tapi kini alhamdulillah..segalanya semakin pulih walaupun 'tekanan' itu ada, tapi ianya masih boleh di tanggani. Hari-hari aku berdoa semoga diberikan kekuatan dari segi jasmani dan rohani olehNYA untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan.

Ada juga perancangan lain tetntang kerjaya tetapi rasanya elok apabila semuanya berjalan lancar baru aku kongsikan bersama disini.ok? :)


Kawan-kawan

Tahun 2009 sekali lagi mengingatkan aku kepada keadaan pada tahun 2003.Pada tahun 2003,aku begitu sedih apabila terpaksa berpisah dengan kawan-kawan setelah 5 tahun hidup bersama. Pada tahun ini, aku terpaksa berpisah pula dengan rakan-rakan seperjuangan setelah 4 tahun hidup bersama. Jika ditanya pada aku apakah perkara yang paling dirindui pada masa ini,aku pastinya akan menjawab "kehidupan bersama kawan-kawan semasa zaman Universiti dahulu" (suhaila rindu jugak tetapi itu suatu perkara lain..hehe)..Sumpah aku rindu gile dengan budak-budak serumah aku.Rindu dengan gelak tawa,usik mengusik di antara kami,gosip menggosip,futsal,makan,ahhh.. tak tertulis aku.Demmit.Chem,Otai,Kecik,Jlo,Cidut,Koyok,Eijat,Zack,...aku rindu korang semua..

Bila dah kerja ni, lain pulak kawan-kawan yang aku jumpa.Sekarang aku tidak lagi hanya berkawan dengan mereka yang sebaya dengan aku.Kadang-kadang agak janggal jugak bila duduk lepak bersama mereka.Tetapi lama-lama dah biasa dah.


Keluarga

Alhamdulillah..setelah bertahun-tahun aku berjauhan dengan keluarga, kini aku kembali bersama mereka. Ramai yang berkata kepada aku, "Untunglah kau,starting kerja duduk dengan family..apa-apahal senang.." dan ya aku rasa sangat bertuah.Bagi aku,bukan selamanya aku akan berada dengan keluarga aku.Lambat laun aku akan bekerja jauh dari keluarga aku juga.Tetapi buat masa ini,biarlah aku "merangkak" dalam dunia kerjaya ini disamping keluarga.Balik kerja penat-penat pun nampak muka mak.Bukan aku taknak kerja jauh-jauh,tapi dah rezeki aku dapat kerja kat Ipoh.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui perancangan-Nya.


Cinta

Cinta?emm..what can i say..emm..
Tahun 2009 adalah tahun pertama kami terpaksa berjauhan.Ya,Ipoh-Muar.Susah jugak nak biasakan diri masa mula-mula dulu.Yela,biasa-biasa ada depan mata.Apa-apa helo je.Senang.Ni nak helo pun takat helo je la.Haha.

Emm..Biasa lah..setiap percintaankan ada pasang surutnya...Langit tak sentiasanya cerah kan?Biarlah.. yang penting bagi aku jika benar jodohnya dengan aku,Insyaallah tak akan kemana.Hari-hari aku berdoa, "jika benarlah dia jodoh aku,pertemukanlah kami dan jika tidak,hapuskanlah rasa cinta ini".

Banyak nak tulis sebenarnya..tapi biarlah ianya 'keep-private'