Friday, January 16, 2009

Dimana kita boleh mencari Melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Thursday, January 15, 2009

keliru

aku nak berubah pun salah ke?
bukan berubah menjadi lebih buruk..
tapi berubah supaya menjadi lebih baik..
untuk kebaikan jugak..

salah ke aku?

Saturday, January 10, 2009

Mahasiswa Penggerak Ummah

"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Profesor Diraja Ungku A. Aziz


"Mahasiswa seharusnya menjadi “conscience of the majority” berlandaskan prinsip murni. Kita harus punyai keberanian dan kebijaksanaan, tidak meluru menghentuk tembok dan tidak menyorok gaya si bacul." - Anwar Ibrahim


Ayuh rakan-rakan ku..usah kamu lena dibuai mimpi..kita punyai tanggungjawab besar demi Agama,Bangsa dan Negara!Bangun dari tidur mu wahai rakan-rakanku!

Sunday, January 4, 2009

Perutusan Tahun Baru 2009



Hari ni dah 4 Januari 2009..dah empat hari dah berlalu dalam tahun 2009 ni..lambat sikit nak tulis dalam tahun baru ni.sibuk menguruskan diri...Sedar x sedar dah masuk tahun keempat dah aku kat parit raja ni..terasa kejap sangat masa tu berlalu..rasanya baru je daftar kat UTHM ni tahun 2005 dulu.sekarang dah masuk 2009 dah.InsyaAllah aku akan tamatkan pengajian aku bulan Mei depan dan bulan 8 aku akan berkonvokesyen..amin..Sekejap je dah nak grad..Alhamdulillah..

Teringat aku sepuluh tahun yang lepas,tahun 1999..waktu tu aku baru nak masuk form 1..muda lagi..budak kecik lagi..hehe..Aku mendaftar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh pada tahun 1999 yang juga tempat ayah aku bekerja sebagai guru disana.Ya,anak cikgu and i proud to be anak cikgu disitu.Masa tu aku pendek je..saiz pinggang seluar pun mase tu 20 je.Kat bawah seluar kene potong sebab panjang sangat..hehe..kalau tengok balik seluar tu macam seluar adik aku,si Farhan sekarang tapi kecik lagi. Paan baru darjah 5 tapi die dah x muat seluar aku tu sebab kecik sangat. Nampak sangat aku ni pendek dan kecik je dulu (tapi cute gile ar). Sekarang?haha..Saiz 33 kot.pastu buncit gile.kawan-kawan aku sume kate aku dah jadi bulat.haha.Tapi takpe, bak kata Kulope,"Welcome to the club!baru lah STAROBA!" masa sesi gathering batch di KL tempoh hari...Masa aku masuk STAR tu, itulah first time aku jauh dari keluarga aku walaupun sebenarnya xde la jauh mane..keluarga aku duk Ipoh jugak..15 minit dah sampai sekolah tu..hehe.Tapi,walaupun dekat aku tak duduk dengan keluarga aku..aku membesar dengan kawan-kawan aku di STAR tu..kawan-kawan yang aku kawan sampai la sekarang..yang belajar bersama,bersusah payah bersama,kene denda dengan form 5 bersama,buli orang sama-sama(haha),makan minum bersama,tidur bersama (ok,please be positive minded)..
Semua tu aku lalui selama 5 tahun aku berada di STAR tu..even rumah dekat pun and bapa aku ada kat sekolah tu, tapi aku masih lagi seperti budak-budak lain..yes,i'm a STARian.A true STARian..haha.Di STAR lah aku dididik dengan bermacam-macam ilmu kehidupan samada secara formal atau tidak.Ilmu-ilmu itulah yang membentuk diri aku sekarang ini.

OK,kembali kepada tahun baru (lama gile bebel cite lame,haha)..kebanyakkan orang pastinya akan membuat azam tahun baru seperti biasa.dan seperti biasa ada azam yang tercapai dan ada juga yang tidak tercapai.Tahun baru kali ini agak menarik kerana ia selang beberapa hari je lepas umat Islam menyambut Maal Hijrah.Jadi,adalah lebih baik kita menyambut Maal Hijrah daripada menyambut Tahun Baru kalendar kapir tu. Bagi aku, aku tak pernah sambut new year dan tak pernah rasa nak sambut pun.Parents aku tak penah ajar kitorang adik beradik menyambut new year. Paling kuat pun tengok kat tv je.pastu tido. Kata lah aku ni kampung ke,tak ikut trend ke minda tertutup ke pe ke.Lantak le.Korang nak g sambut, sambut le.malas aku nak bersesak-sesak. Ada orang tanya,"ko new year kat mana?" aku seraya menjawab,"kat dalam bilik ,tidur". Senang. Alhamdulillah aku dapat menyambut Maal Hijrah tahun ini dengan membaca doa awal dan akhir tahun.Doa tersebut telah dibaca oleh sahabat aku,encikMuhsin dan aku serta sdr. Syed Lutfi mengaminkannya.Ok,apa azam aku? Sempena Maal Hijrah,aku berazam untuk berhijrah dari yang buruk kepada yang baik.Aku akan perbaiki kelemahan diri aku.InsyaAllah.Tu je.Cukup,xperlu banyak-banyak azam. Dan semestinya setiap orang akan menyimpan impian masing-masing.Aku?takpe, biar aku simpan sorang2 impian ni.Xyah sembang.Nanti tak jadi,malu.haha.

Kepada kawan-kawan aku yang telah menceburkan diri mereka dalam arena muzik tanahair, aku ucapkan selamat berjaya kepada korang semua.Capailah impian korang itu dan jangan biarkan ia terpadam.Pergi sejauh mungkin.Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!Aku akan tetap sentiasa memberi sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi kepada hangpa semua.haha.

Ok,till next time!