Wednesday, June 23, 2010

Football Fever!

Salam.


Sempena musim world cup ni mahu juga aku bercerita sedikit sebanyak tentang hal-hal berkaitan World Cup sepanjang aku mengenali dunia ini.Ya, kejohanan Piala Dunia yang berprestij ini pastinya ditunggu-tunggu oleh setiap kaki bola yang wujud di atas muka bumi ini. Kemeriahannya boleh diumpamakan bagai menyambut Hari Raya bahkan lebih hebat lagi kerana Piala Dunia hanya muncul empat tahun sekali. Selama sebulan kita dihiburkan dengan tayangan secara langsung perlawanan-perlawanan bolasepak yang sangat tinggi mutu permainannya.Ye lah..nama pun Piala Dunia..bukannya Liga Sungkai..mesti lah tinggi mutu dan kualiti permainannya..ye tak? :)






Seingat aku masa mula-mula aku mengenali Piala Dunia ini adalah sejak Piala Dunia yang berlangsung di USA.Pada ketika itu, aku hanya berusia 8 tahun dan perkara yang aku boleh ingat ialah apabila Roberto Bagio dari pasukan Itali gagal merembat masuk sepakan penaltinya dan akhirnya Brazil muncul juara.Masa tu kapten Brazil Dunga kut.Aku tengok para pemain terkinja-kinja menjulang piala yang bersalut emas.Tak tahu apa yang seronok sangat.Itu sahaja yang aku ingat pasal Piala Dunia 1994.Aku lebih mengingati basikal kaler kuning beroda hitam kepunyaan aku pada ketika itu.yeah~









Ha,masa ni aku sudah pun berumur 12 tahun iaitu darjah 6.Masa ni dah khatan dah pun.Tiap-tiap petang aku bermain bolasepak dengan kawan-kawan se-taman.Main di padang imegresen beramai-ramai. Siap ada liga antara taman lagi.ahaha!tapi sekarang padang tu dah tak boleh main dah.Well, birokrasi menghalang segala.Ok,tahun ni aku ingat France menjuarai Piala Dunia.Ya,aku menonton perlawanan akhir tersebut.3-0 beb france bantai Brazil.Masa ni,aku tak tau aku nak sokong pasukan mana.Tapi aku tak suka Brazil sebab nampak pemain nya macam berlagak.haha!So,aku sokong France.Tengok-tengok menang pulak.Yeah~~





Edisi Piala Dunia 2002 berlangsung di negara Korea Selatan dan Jepun.Tahun tersebut aku berumur 16 tahun.Yes i'm sweet 16..ahaha! Suara pun dah garau sikit.Misai tumbuh ala-ala bulu jagung.haha! Edisi kali ini aku menyambutnya di STAR,Ipoh.Pada mulanya agak sukar untuk menonton perlawanan-perlawanan di kaca tv.Ya lah..sekolah asrama..masa perlawanan pula kena pada waktu-waktu maghrib dan prep malam.Sudah tentulah pergerakan kami dikawal ketat oleh para warden. Seolah-olah kami mahu menonton vcd lucah beramai-ramai pula.Namun,kami faham mereka hanya menjalankan tugas mereka. Pernah sekali tu, sewaktu kami beramai-ramai asyik menonton perlawanan yang berlangsung pada waktu maghrib.Tiba-tiba muncul seorang warden terpacak di hadapan pintu bilik rehat blok Tingkatan 4.Apalagi..masing-masing lari sepantas kilat ke arah surau sekolah untuk bersolat maghrib berjemaah.Yang tinggal hanyalah sofa dan televisyen yang sedang terpasang.Tidak lupa juga seorang diantara kami yang hanya bertuala.haha!nasib la ko Ruseq.Sapa suruh mandi lambat.








Piala Dunia edisi 2006 berlangsung di Negara Jerman.Masa ni seingat aku, aku berada di tahun kedua di UTHM. Piala Dunia 2006 berlangsung sekitar bulan 6 kalau tak silap iaitu pada ketika cuti semester. Macam biasa,setiap kali cuti semester aku akan bekerja secara sambilan untuk mencari duit lebih sebagai persediaan menghadapi semester berikutnya. Pada ketika itu aku bekerja di sebuah restoran bernama Deli France yang terletak di Jaya Jusco,Ipoh sebagai pembantu kedai. Bila dah bekerja tu faham-faham lah.Kesempatan nak tengok bola pun terhad.Balik kerja dah penat.Tengok siaran ulangan lah jawabnya.Seingat aku, pernah sekali tu aku menonton satu perlawanan dengan sahabat aku yang bernama Asyraf.Dia balik bercuti dari Korea masa tu.Kami menonton di restoran Nasmir pekan lama.Untuk perlawanan akhir pula,aku menontonnya bersama-sama rakan-rakan serumah di Parit Raja.Ingat lagi masa tu televisyen pun nak kena tepuk-tepuk baru clear.ahaha!





2010.Umur pun dah 24 tahun.Sudah bekerja.World Cup kali ini aku menyokong pasukan Sepanyol.Tahun ni aku menonton perlawanan melalui saluran astro di dalam bilik berhawa dingin jika berada di pekan Slim River.Sekali sekala menonton di warung mamak.Rakan-rakan sekerja menjadi peneman ketika menonton.Hujung minggu pula diserikan dengan keluarga yang turut sama menonton di depan televisyen.Siapa yang bakal menjuarai Piala Dunia kali ini?Nampak macam Argentina.Tak tahulah.Kita tunggu dan lihat.


Jadi,itulah sedikit sebanyak cerita yang aku ingin kongsikan bersama dengan kalian.Dah lama tak update blog.sekali update panjang-panjang lah.haha!Bagaimana pula agaknya cara aku menyambut Piala Dunia pada edisi akan datang?mungkinkah bersama isteri di depan televisyen ?wallahualam :)


as time passing by~~