Tuesday, December 27, 2011

Maafkan Aku

Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan dalam hidup mereka...tidak ada yang terkecuali..itu pasti..tapi sejauh mana usaha manusia itu untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan itu yang menjadi ukuran..




Mungkin,kadang-kadang kita rasa orang dah buat salah dengan kita..tapi bila kita renung dan hisab diri sendiri maka pastinya kita akan dapati bahawa kesalahan itu sebenarnya mungkin berpunca dari diri kita..kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah buat sesuatu kesalahan sampai lah suatu masa orang lain buat salah dengan kita..waktu itu,kita pasti akan marah,kita sakit,kita sedih..tapi,bila kita sakit,bila kita marah,bila kita sedih, waktu itu,barulah kita nak duduk lama dan fikirkan apakah kesalahan kita sebenarnya..dan,waktu itu baru lah kita tau apa sebenar puncanya..barulah kita tau kenapa orang buat kesalahan dengan kita...mungkin,dia bukan sengaja pun...tapi, atas kesalahan yang kita buat tadi tu lah yang menyebabkan dia buat salah dengan kita pulak...yelah..orang tu pun manusia jugak..dan manusia kan tak pernah lari dari buat salah...orang tua-tua kata, kalau dah terhantuk baru lah nak terngadah..tu kalau orang tua-tua cakap la kan..kalau orang muda pula kata kalau dah main PS3 baru tau best ke tak best..haha.tetibe je..




dari itu,perbaikilah diri sendiri sebelum kita menuding jari kearah orang lain...




Ramai juga yang acap kali akan terus meletakkan punca masalah ini kepada Allah..Jawapan-jawapan cliche seperti, "kalau dah takdir..kita nak buat macam mana", "dah nasib aku macam tu..nak buat macam mana", "kalau dah takda jodoh...aku boleh buat apa"...sebenarnya tak relevan langsung..aku ulangi,tak relevan langsung...sebab apa?sebab apa sahaja yang kita buat dan lalui atas muka bumi ini adalah hasil dari tindakan diri kita sendiri..bukan sebab Allah yang buat kita jadi macam tu..Tapi, kita nampaknya senang sangat nak letakkan kesalahan tu kepada Allah..kan?Jangan..jangan buat macam tu..Yang salah kita..bukan Allah..adakah Allah itu terlalu zalim sehingga mahu dia meletakkan kita dalam keadaan yang sengsara?Padahal jelas yang Allah ciptakan manusia ini sebagai makhluk yang paling mulia...tapi kenapa seolah-olah kita tak jadi macam tu?Allah ke yang salah? cuba tanya diri kita..






Dan yang paling penting,walau apa pun orang dah buat salah dengan kita,tetapkanlah dalam hati kita sifat pemaaf...sebesar mana pun kesalahan orang tu, maafkanlah dia..sebab apa? sebab Allah kata, jaga lah hubungan antara manusia.. manusia kalau takda sifat pemaaf, pergi mana pun takkan aman..dan itulah yang terjadi kepada kebanyakkan manusia hari ini. Masing-masing dengan sikap ego masing-masing dan akhirnya perang, cerai, talak, bermusuh.. Bagi aku, aku rasa aku tak mahu ada musuh dalam hidup. Dan kalau ada pun yang diluar pengetahuan aku, aku mahu jumpa dan selesaikan apa sahaja masalah itu. Biar lah kita berdamai.Kalau ada la kan. hehe.






Bagi aku, ini semua adalah satu peringatan kepada diri aku. Yang terkadang lupa siapa dirinya. Yang mungkin terlalu mendabik dada. Yang mungkin telah tersalah anggap. Yang mungkin telah tersilap percaturan. Yang mungkin terlalu mahu yang sempurna sehingga lupa bahawa diri sendiri juga tidak sempurna. Yang mungkin juga telah tersalah dalam berbahasa.






Tapi, aku juga manusia kan?



Maafkan Aku.

This is the way






cintai lah Allah dengan sesungguhnya



dan engkau akan merasa nikmat cinta sebenar


alhamdulillah......