Saturday, February 23, 2013
Not too old but yet not too young!
Alhamdulillah..
Hari ini, genap usia aku yang ke 27.Ya, yang ke 27. Rasanya baru semalam aku tuliskan post tentang perihal genap-usia ini.Pada ketika itu aku baru sahaja berumur 23 tahun.Baru sahaja mahu mengenal dunia.Baru sahaja dibiar terbang ke dunia luar.Woah!tak sangka dunia luar ini begitu mencabar!dan kalau saja ditanya mahu mengulang masa, aku kata mahu!aku mahu terus di usia itu!haha!tapi, hidup itu perlu di terus. kan?
Dan di usia 27 ini, masih banyak yang aku belum terokai. terlalu banyak. bumi Allah ini luas dan aku mahu terokai semua itu.melihat dengan penglihatan, mendengar dengan pendengaran dan menilai dengan hati yang telah dikurniakanNya.supaya aku terus bersyukur ke atas setiap apa yang dijadikanNya.
Alhamdulillah, di usia 27 tahun ini juga, telah banyak yang aku kecapi dan nikmati.Terima Kasih ya Allah atas nikmat kurniaan Mu yang telah engkau berikan. Semoga aku dilindungi dari bersifat alpa dan takbur di atas nikmat Mu.
Dan di usia 27 tahun ini juga, aku harus bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam hidup aku.kerana mungkin masanya telah tiba untuk aku bergerak lebih jauh.lebih tinggi dari hari ini.InsyaAllah. berikan lah aku kekuatan itu,Tuhanku.
Kepada keluarga yang mencinta, doakan kejayaan Angah dalam apa sahaja yang Angah buat.teruskan sokongan kalian dan semoga kita terus bersama dalam satu keluarga. Terima kasih Ma kerana telah melahirkan dan mendidik Emi sehingga hari ini. You are the best mom in the world! Abah, you will always be my hero..promise you that I will mary a cute and lovely girl like Ma.hehe.And believe me Abah,Mama, anak ini akan mengubah dunia satu hari nanti!
Harapan aku cuma satu, semoga dikekalkan kesihatan dan diberikan kekuatan dalam memikul tanggungjawab Mu ya Allah.kerana kesihatan dan kekuatan itu adalah mahkota bagi seorang muhajid.
Moga terus kuat!
Subscribe to:
Posts (Atom)