Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya

Esok aku balik ipoh..cuti raya.seminggu cuti nye..emmm..moga2 selamat perjalanan aku esok..insyallah..emm..ntah menagapa,raya tahun ni aku rasa bagaikan tiada apa untuk di excited kan..entah.aku pun xtau kenapa.mungkin bila dah balik ipoh nanti baru terasa bahang hari raya itu kot..emm..raya tahun ni aku xpasti samada aku akan balik ke kuantan.yela..cuti pun semnggu je.dah la raya hari rabu..kene balik uthm hari ahad.sebab isnin tu dah start kelas..ntah..kalau x balik kuantan mesti macam xbest..bukan aku nak kata kampung aku kat bidor tu x best..best jugak..tapi kalau x balik kuantan tu rasa macam x betul2 raya..yela..kampung kat kuantan tu ramai sedara mara..sepupu2 aku semua laki..seua dah besar dan boleh masuk kepala..kalau kat bidor,sepupu2 aku semua nya kecik2 lagi..so,mcm xde geng la..tapi,kesian gak aku kat maktuk kat bidor tu..tiap2 raya,die sorg2 je..hmm..dah la hari biasa pun dia duk sorg2..xkan raya pun duk sorg2..yela..anak2 die ramai pompuan..semua kene ikut suami..termasuk lah mama..kesian jugak aku kat ma..hmm..mcm 2 la nasib org tua..anak2 berbelah bahagi..bagi aku,aku ikut jela parents aku nak g mane..diorg lebih tau mana yang lebih baik.aku sebagai anak,aku ikut je..bersyukur lah dapat sambut raya dari xdapat sambut langsung..kat luar sana brape ramai yang xdapat sambut raya dengan keluarga..yang kehilangan ahli keluarga,insan tersayang apatah lagi..bersyukur lah..emm..raya tahun ni jugak adalah raya terakhir aku beraya sebagai seorg student..(insyallah)..lepas ni mungkin aku beraya sebagai seorang yang bekerja..alamak..kene bagi duit raya la camni..heheh..hmm..biar waktu menentukan..insyaalah rezeki tu ade dimana2..em..ok..nanti pas cuti,aku akan update blog ni ngn gamba2 raye..(kalau ade la..hehe) emm.k..Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..

Wednesday, September 24, 2008

Wanita

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Allah Maha Besar

Aku minta pada TUHAN setangkai bunga segar,
DIA beri ku kaktus berduri...
Aku minta kupu-kupu,
diberi ulat berbulu...

Aku sedih...aku kecewa....
Namun kemudian kaktus itu berbunga...
Indah sekali..
....dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik..


Itulah jalan TUHAN..indah pada masanya..
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan..
tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan..


Kadang kita sedih...kecewa...terluka..
Tetapi jauh di atas segalanya....
DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...


Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar....



zulhilmi zulkifli

Tuesday, September 23, 2008

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya,
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya,
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya,
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal,
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali,
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keADILan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Allahyarham Sasterawan Negara USMAN AWANG



Sunday, September 21, 2008

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa,
para perjuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemulian,
dan darjat bangsa.
Selangkah beerti mara,
mengharungi sejuta dugaan.

Biarkan bertatih,
asalkan langkah itu yakin dan cermat,
bagi memastikan negara,
merdeka dan terpelihara.
Air mata sengsara,
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan,
rupanya lebih sukar,
dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.

lagi pula apalah ertinya kemerdekaan,
kerana bangsaku asyik mengiya dan menidakkan,
mengganguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara,
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata,
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita,
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,
bukankah sejak zaman berzaman,
mereka menjadi pelaut, pengembara,
malah penakluk terkemuka.
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedangang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjajah dunia yang tak dikenali.
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
yang tidak mengenal erti takut dan kematian.

Di manakah silap hingga bangsaku,
merasa begitu kecil dan merendah diri.
Apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan,
kegemilangan silam,
dan sejarah gemilang membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya,
bagi memertabat dan memuliakan bangsa,
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
tetapi mengangkat darjat dan kemulian,
buat selama-lamanya.

Hari ini, jalan ini pasti berliku,
kerana masa depan belum menjanjikan surga,
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan ini belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya.

- Dr. Mahathir bin Mohamad
Malam Puisi Utusan, 14 Mei, 1996.

Friday, September 19, 2008

Parit Raja-Singapura











































Akhirnya tercapai jugak impian aku nak ke luar negara..hehe..singapore je pon..but still other nation rite??hehe..
Kitorang g sane bukan saje-saje nak melawat,tapi ade program....cewah..(sebanarnye buat program sebab nak berjalan..hehe) .Atas nama kelab pemadam,kami telah pun membuat lawatan sambil belajar ke salah satu NGO di Singapore ni..ofcourse la NGO tu ade kaitan dengan dadah sebab kitorang g pon atas nama Kelab Pemadam kan..NGO yang dimaksudkan tu ialah Singapore Anti Narcotic Association atau SANA..SANA terletak di kawasan yang dikenali sebagai Sengkang.Office die besar la..nice dan sangat teratur..much more better than Pemadam Malaysia..(sedih je tgk bangunan Pemadam yang mcm nak roboh tu...)
Kat SANA ,kitrg di briefing kan pasal SANA..who are they ,ape aktiviti diorg, dan mcm2 lagi la...org2 kat SANA semua nya ramah2..kat sane jugak aku kene present pasal PEMADAM kat diorg..rase mcm jadi duta malaysia pulak..hehe..nervous die jgn ckp la..yela..first time kan..tapi,aku rase bangge sbb aku de pengalaman yang xde kat org lain..dalam usia semuda ni,aku dah penah present sesuatu di negara orang..tapi..aku akui banyak lagi yang perlu diperbaiaki..my english was very bad....adoila...mcmane ni..kene la ckp omputih ngn dak kecik tu slalu..hehe..Pastu,kitorg g jalan2 kat singapore tu..byk gak tempat..pulau sentosa,merlion park,arab steet..bset la..one thing that i discover in Singapore is,Singapore ni bersih!!bayangkan kitorang nak isap rokok pun kene duduk kat tepi tong sampah!!haha.orang2 kat sana pun dah macam robot dah aku tgk..hehe...best part,aku tgk Song of the Sea dekat pulau sentosa..dengan sape lagi kalau bukan ngn dak kecik tu..best gile..serius x rugi tgk even kene bayar $8 just for 15 minutes..kat malaysia macam xde je mende 2..bile la nak ade mende cm2 kat Malaysia ni ek??haha..xpe la..Malaysia pun bset jugak..Proud to be Malaysians!! ...emm byk lagi nak tulis sebenarnye..tapi..nanti2 la..k.see u!!