Friday, November 21, 2008

Sahabat Rakan Taulan



Hari ini ialah hari terakhir bagi semester ini dan ini menandakan tamatnya tempoh pengajian aku pada semester ini..Seorang demi seorang rakan-rakan aku berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga tercinta setelah sekian lama berjauhan..Situasi seperti ini sudah biasa bagi aku pada tiap-tiap akhir semester, malah pada kebiasaannya akulah antara yang terawal cabut dari kota Parit Raja ini cuma pada kali ini agak lewat sedikit untuk aku mencabutkan diri kerana terlibat dengan program asas keusahawanan anjuran pusat tekno universiti aku di Melaka...Jadi,terpaksalah aku stay kejap kat sini..

Kedatangan cuti pada kali ini juga menjadi suatu kelainan kerana pada kali ini, seorang kawan aku yang juga aku anggap sebagai seorang sahabat iaitu Mohd Firdaus b. Daud atau lebih dikenali sebagai Cidut akan mengakhiri zaman pengajiannya di Universiti ini setelah tempoh pengajian selama 3 tahun setengah berjaya di habiskannya.Petang tadi ,dia telah berangkat pulang kerumahnya bersama beberapa orang kawan-kawan aku yang lain..Aku agak sedih ketika bersalaman dengannya sebelum dia bertolak tadi.Sempat juga aku berpesan-pesan padanya.Yela..kami dah berkawan sejak dari matrik sampai lah sekarang dan dia adalah salah seorang kawan baik aku disini..Telah banyak perkara yang kami lakukan bersama..Semalam,selepas kami selesai bermain futsal bersama di Parit Raja,kami menghabiskan masa bersama di kedai mamak selama lebih kurang 2 jam untuk berborak..dan borakan kami itu disambung sehingga di rumah sewa kami..banyak yang kami bualkan sehingga tidak sedar hari dah subuh..yela..lepas ni dah susah nak jumpe nak sembang-sembang lagi..esok dia dah nak balik,jadi kitorang pun berbual panjang la...

Kita boleh mencari sejuta orang kawan untuk bersama kita dalam sekelip mata tetapi untuk mencari seorang sahabat, ia adalah sesuatu perkara sukar dan memerlukan masa untuk membina hubungan itu. Seorang sahabat akan bersama dengan sahabatnya diwaktu suka dan duka. Seorang sahabat juga tidak akan mengambil kesempatan keatas sahabatnya kerana kelebihan yang ada pada sahabatnya.Tidak juga seorang sahabat akan menikam dari belakang sahabatnya kerana sesuatu perkara..Banyak lagi sebenarnya ciri-ciri seorang sahabat..anda tambah sendiri ya..Ini bukanlah kali pertama aku berpisah dengan sahabat dan kawan-kawan dalam hidup aku..Teringat lagi ketika belajar di STAR dahulu , ketika di hujung pengajianku disana..bagaimana aku menitiskan air mata tatkala terpaksa berpisah dengan kawan-kawanku setelah lima tahun bersama. Begitu juga ketika seorang sahabat aku bernama Miki terpaksa meninggalkan sekolah lebih awal ketika kami di tingkatan 4 kerana terpalit dengan isu fly haram.Emosi aku cukup terganggu ketika itu kerana terpaksa berpisah dengannya...Aku juga masih ingat betapa sebaknya aku apabila terpaksa berpisah dengan sahabatku Mat Chap yang pada ketika itu akan berlepas ke Korea untuk melanjutkan pelajarannya disana..(Maoz ngn Seyn aku xnangis sebab boleh jumpe selalu..jangan mara aaa..haha!) Mungkin ramai yang menganggap aku seorang yang ber'hati tisu' dan kelihatannya agak gay kerana menitiskan air mata dek kerana perkara seperti ini. Namun, biarlah apa yang mereka mahu katakan kerana bagi aku, aku menghargai sebuah persahabatan dan apabila persahabatan itu terpaksa dibatasi oleh faktor-faktor tertentu, aku menjadi sedih kerana aku tahu, situasi pasti berbeza selepas titik perpisahan itu..Mungkin ada orang kata, 'ala..rileks la..boleh jumpe lagi lain kali..'..tetapi situasi 'jumpe lagi lain kali' itu pastinya berbeza.Lihat saja hubungan aku dengan MatChap ketika ini,walaupun tetap berhubung melalui laman friendster yang popular itu, tetapi adakah sebaik dulu?pastinya tidak.Sehinggakan apabila dia pulang ke tanahair,ada ketikannya aku seakan-akan tidak tahu apa yang mahu dibualkan dengannya.Maafkan aku Chap.Mungkin faktor masa kerana terlalu lama tidak berjumpa dan juga faktor ego menjadi punca permasalahan itu(ego?).haha! Begitu juga hubungan aku dengan Miki..walaupun kami masih lagi berjumpa dan lepak bersama,tetapi tetap tidak seperti kami bersahabat dulu.Itu pun mujur dek kerana aweknya secara kebetulannya belajar ditempat yang sama dengan aku. Jadinya perjumpaan secara berkala itu berlaku. Jika tidak, jangan harap.Aku tahu, situasi yang sama juga berlaku pada diri aku. Adakah aku akan sentiasa pergi ke tempatnya semata-mata mahu berjumpa dengan niat menjaga persahabatan kami?Sudah pastinya tidak jika aku tidak berkepentingan.Betul x? Atau adakah aku sentiasa mahu bermesej seperti kebiasaan amalan pasangan orang bercinta dengan sahabat-sahabat aku semata-mata mahu menjaga persahabatan kami??Gay gile ar!!haha!! Sebab itu aku katakan tadi, aku tahu...situasi pastinya berbeza bermula dari titik perpisahan itu.Persahabatan itu pastinya tidak seperti sebelumnya.Sebab itu aku sedih..Aku sedar, kita tidak akan selamanya akan dapat bersama-sama melalui hidup ini.Setiap manusia ada laluan hidupnya sendiri dan perubahan dalam hidup pastinya berlaku.Aku tahu itu.


Kepada sahabat-sahabat aku..sama ada kalian sedar atau tidak , aku mahu katakan disini, aku sentiasa menghargai kamu..walaupun jarak membezakan kita, itu bukanlah alasan untuk putuskan persahabatan kita.Walaupun aku tahu, nilai persahabatan itu pastinya berbeza selepas perpisahan ini, satu sahaja pesanan aku..ingatlah bahawa kita pernah bersahabat dalam salah satu episod kehidupan kita.Jangan lupakan dan sia-siakan persahabatan ini. Aku tetap akan mengingati dan menghargai sahabat-sahabat dan kawan-kawan aku..Doakanlah kejayaan aku, dan pastinya aku juga mendoakan kejayaan-kejyaan kalian.Janganlah lupakan aku apabila berjaya kelak kerana kejayaan kalian itu adalah juga menjadi kebanggaan aku.Kepada Cidut,teruskan cita-cita kau..Walau kita terpaksa berpisah buat kesekian kalinya, aku akan sentiasa menganggap kau sebagai salah seorang sahabat dalam hidup aku.Moga kita berjumpa lagi di lain hari dan Semoga Berjaya!


Friday, November 14, 2008

Impian dan harapan

Di suatu pagi yang indah..sambil menghirup udara pagi yang dingin dan secawan nescafe panas..bertanya aku pada diriku sendiri..apa yang kau mahu?apa impian kamu?apa yang kamu kejarkan?apa matlamat hidup kamu?kenapa kau belajar dan menuntut ilmu disini?kalau mahu kaya,banyak lagi ruang-ruang diluar sana yang boleh kamu terokai.lebih cepat,lebih mudah.mengapa tidak ke sana?soalan-soalan ini terus bermain di benak pemikiran aku...aku mula berfikir..nescafe terus dihirup...



Aku ada seorang kawan.Razman namanya.Setelah ditendang dari UTM, dia akhirnya bangkit dari kegagalan itu.Walaupun tidak mempunyai segulung ijazah, kini dia mempunyai pendapatan tetap yang tidak kurang lumayannya. Dia kini mampu untuk memiliki sebuah kereta hasil titik peluhnya sendiri. Dia juga kini mampu untuk menyara keluarganya yang sederhana itu. Juga mampu mengeluarkan duit untuk membelanja kawan-kawannya ketika menghabiskan masa bersama di warung-warung kopi tanpa perlu berkira-kira...Lalu aku pun bertanya dalam hati..apakah impiannya..? Adakah telah tercapai impiannya itu ?Adakah itu yang dia mahu ? Apa saja impiannya,yang nyata dia punyai hidupnya sendiri.Mampu berdiri sendiri tanpa perlu bergantung pada sesiapa.Aku mengkaguminya. Setelah segala apa yang dia hadapi telah berjaya diharunginya dengan tabah dia kini berdiri gah tatkala rakan-rakannya masih bertungkus-lumus menghabiskan pengajian demi segulung ijazah.



Aku juga mempunyai contoh-contoh dari orang-orang yang sedarah dengan aku.Tak jauh.Satu keturunan.Selalu dijadikan modal cerita apabila berlakunya sesi perbincangan tentang hidup dan masa depan bersama rakan-rakanku.Manakan tidak, mempunyai sebuah kereta Nissan Sentra di usia yang muda adalah merupakan sesuatu perkara yang hebat bukan?ya..hebat!kamu hebat! Begitu juga halnya, apabila mempunyai ijazah sarjana (master) dan memegang jawatan yang tinggi dalam usia yang muda.Hebat bukan?ya,kamu juga hebat! Jadi bertanya kembali aku pada diri, apa yang kamu mahu?Mahu seperti itu?atau lebih dari itu?.....bungkusan rokok dicapai..sebatang rokok dinyalakan..aku terus berfikir...


Aku punyai seorang rakan baik. Hubungan kami baik dari zaman sekolah hinggalah sekarang. Dia kini melanjutkan pelajarannya di Korea Selatan. Kami cuma berhubung melalui ruang maya ini sahaja. Ya, apa guna teknologi kalau tidak diaplikasi sebaiknya bukan?..Baru-baru ini, ketika aku melayari laman friendster yang popular itu, aku membuka page rakan aku itu. Terkejut aku apabila mendapati yang dia kini memiliki sebuah superbike!Wah!kagum!Aku kagum! Mana tidaknya, memiliki sebuah superbike adalah salah satu dari impianku dan kini dia mendahului aku dengan memiliki sebuah motosikal berkuasa besar itu.haha. Aku tumpang gembira padanya. Aku mula berfikir, bagaimana dalam usia yang muda dan masih lagi dalam waktu pengajian, dia mampu memiliki sebuah superbike? Benarkah kata orang pelajar Malaysia yang belajar diluar negara mempunyai wang yang banyak? Jika benar pun, adakah berlebihan sehingga mampu rakan baik aku itu memiliki sebuah superbike?Keluarganya pun bukanlah dikalangan orang kaya-kaya.(setakat yang aku tahu) Hairan ya?Aku pernah dengar yang dia bekerja part time di sana. Mungkin duit hasil titik peluh bekerja part-time membuatkan dia mampu memilikinya kot..Walau apa pun, jauh disudut hati aku, aku sebenarnya berasa cemburu.ya, aku cemburu padanya. Pernah satu ketika dahulu, sewaktu kami menghabiskan masa bersama berborak di kedai mamak sambil melayan secawan teh tarik dan dua tiga batang rokok, dia menceritakan bagaimana dia menjadikan aku sebagai ‘target’nya. Maksudnya dia menjadikan aku sebagai pesaingnya. Dalam diam.Baginya, dia sentiasa hendak mendahului dan memintas aku dalam apa-apa periksaan disekolah yang mana pada kebiasaannya aku sentiasa mendahuluinya (ye ke?dia yang cakap macam tu.haha) walaupun aku tidak pernah menyedari perkara itu. Terkejut aku pada waktu dia menceritakannya pada aku. Tidak pernah terlintas bahawa aku pernah dijadikan ‘target’ oleh seseorang untuk mencapai impiannya. Dia kata aku hebat.hebat kah?haha. Dan apabila keputusan SPM keluar, keputusannya jaauuuhhh lebih baik dari aku. Ya, jauh lebih baik. Sebab itu dia layak ke Korea Selatan dan aku masih disini..menghabiskan sisa-sisa pengajian aku di Parit Raja untuk tempoh enam bulan lagi...Aku mula bertanya..kenapa dia disana? dan kenapa aku disini? Bukankah kamu dulu punyai impian untuk belajar di luar negara? Apa yang telah terjadi pada impian itu? Apakah usaha kamu untuk mencapai impian itu..?Apa kamu sudah menanam impian itu?..”tiada rezeki..nak buat camane..” jawapan tipikal yang sentiasa muncul dari kotak pemikiran ku....

Aku kembali bertanya pada diriku, apa yang sebenarnya aku mahu ? Apa matlamat aku ? Aku juga sentiasa menyimpan dan menjadikan cerita-cerita diatas sebagai suatu alat meditasi untuk memotivasikan diri supaya aku juga boleh mencapai kejayaan seperti mereka kelak. Aku juga mahu dijadikan contoh oleh orang lain terutama pada adik-adikku. Ya,adik-adikku. Mereka masih muda.Dan aku sangat sayangkan mereka walaupun kami sentiasa bergaduh apabila berdekatan.haha.Setiap manusia pasti memiliki impian masing-masing.Tidak kiralah besar mana pun impian itu.Dan setiap manusia pasti akan berusaha untuk mencapai impian tersebut.berjaya atau tidak.itu terpulang.jika berjaya tahniah.jika tidak.cuba lagi bro!Ada rezeki,insyaallah segalanya akan tercapai.apa yang penting usaha yang kuat dan tawakal kepadaNYA.Percayalah,segala yang datang itu adalah darinya selain dari usaha kita sendiri. Memetik dari blog cik fazleen ,seorang pembikin filem pendek tanahair, beliau menyatakan, "Manusia selalu ada impian dan cita-cita, tetapi selalunya ia berkelubung di dalam kalbu. Manusia punya rasa dan kemahuan yang tinggi, tetapi banyak faktor persekitaran yang menekan mereka yang akhirnya segala impian itu terkubur begitu sahaja”..jangan jadikan impian anda berkubur begitu sahaja. Langkahlah segala "faktor persekitaran" itu dan terus mara mengejar cita-cita dan impian kamu.jangan biarkan ia terus diselubung dalam diri. lepaskan!akhir sekali,untuk diri sendiri dan semua..semoga berjaya!