Thursday, January 3, 2013

Goodbye 2012,Welcome 2013.

2012 hampir saja melabuhkan tirainya.pejam celik pejam celik sekejap je dah nak masuk tahun baru.dah nak masuk 2013 dah pun dan secara automatiknya umur kita pun akan menginjak naik selari dengan perubahan masa.well,thats normal right?takkan kita nak maintain je tak tua-tua.

ok,tahun 2012 ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku.banyak jugak perkara yang best dan ada jugak yang tak best.biasa la kan,takkan semua perkara dalam hidup kita akan jadi best je dan takkan la semua perkara yang x best tu akan memenuhi ruang hidup kita.kan?mesti ada yang best dan tak best.memang Allah dah jadikan perkara tu macam tu. Kejadian siang dan malam tu pun kan silih berganti.kan?

Dari segi karier/kerjaya, tahun ni aku dah berpindah ke tempat baru iaitu di Tapah setelah genap dua tahun aku berkhidmat di Slim River.Perasaan aku bercampur baur masa tu.Yelah, dah dua tahun aku duduk dengan kawan-kawan di Slim River.Tiba-tiba kena pindah pulak.Maunya tak sedih.Tapi pada masa yang sama,aku seronok dan excited jugak sebab dapat working environment yang baru,kawan-kawan baru, experience baru dan banyak lagi benda baaru yaang aku boleh belajar kat office baru. Well, I take it as a challenge la kan. Masa tu memang sedih dann sekarang aku rasa aku dah boleh sesuaikan diri.Alhamdulillah.For 2013, azam aku adalah untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan aku supaya aku menjadi pekerja yang lebih bagus dari tahun tahun sebelumnya.InsyaAllah.

Dari segi keluarga pulak,aku rasa tahun ni banyak memori aku dengan keluarga aku dan keluarga aku adalah segala-galanya.Memang,orang cakap aku ni family guy dan ada jugak yang cakap aku ni anak mak.tapi tak pe,memang aku family guy dan anak mak pun.walaupun aku sibuk dengan kerja dan tugas aku,aku tetap tak akan lupakan keluarga aku.siapalah aku tanpa mereka semua and yes,i really love them.semoga Allah terus mencucuri rahmat ke atas keluarga kami. Dan untuk 2013,aku harap keluarga aku akan bertambah senang dan bahagia.kalau-kalau ada ahli keluarga yang baru pun apa salahnya kan?:-)

kawan-kawan pula,tahun 2012 ni makin ramai kawan-kawan aku yang kahwin dan ramai jugak yang dah mula menimang cahaya mata.timeline facebook aku memang tiap-tiap hari dipenuhi dengan gambar budak-budak comel dan tak kurang juga status-status ibu mengandung.haih.apa maknanya tu?rileks-rileks.keep calm zulhilmi.undangan majlis kahwin takyah cakap la.berderet-deret sampai tak terkejar dah.congratulations kawan-kawan.semoga kekal ke akhir hayat.Jangan lupa,tanggungjawab sebagai suami dan ayah tu lebih penting dari segalanya bila dah kahwin ni. Untuk 2013, makin ramai kawan-kawan aku yang akan menamatkan zaman bujang.good luck guys!

Dari segi kejayaan diri aku pulak.emm..apa ye?salah satunya ialah,team batch aku which is aku one of the player jadi champion untuk tournament futsal antara batch staroba.tak delah hebat sangat tapi champion tu kira terer la kan.hehe.ada lagi kejayaan-kejayaan yang berlaku dalam 2012 ni cumanya tak boleh nak cerita. Nanti riak pulak kan :-)

Tahun ni jugak aku rasa aku paling banyak berjalan dan melancong.Sabah, Jakarta-Bandung, Johor, Melaka, Penang, Eastcoast roadtrip, Tasik Banding bla bla bla. Boleh kata banyak la. Berjalan sesaje pun. Fuh!dan ianya memang seronok dan best! Tahun depan aku nak pegiiiiiiii....syh!

Ok,harapan untuk tahun baru 2013, aku mahu menjadi manusia yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Aku mahu menjadi lebih kuat dalaman dan luaran walau apapun cabaran yang mendatang.Aku percaya bahawa Allah mendatangkan segala cabaran itu untuk aku supaya aku menjadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari. Aku harap dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan yang aku akan lalui dan tempuhi. Kuatkan semangat dan terus kekal berjalan di atas jalanNya. Apa yang penting sekarang ialah pelaksanaan kata-kata itu sendiri kerana segakanya tak akan datang dan hadir bergolek. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum tersebut melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"

Cinta? Cintailah diri sendiri terlebih dahulu maka kelak Allah akan hadirkan cinta itu pada aku.


SELAMAT TAHUN BARU KALENDAR MILADIAH 2013.

Be positive everyday and you will be a positive person in a positive world. - jimi,2012.


#lambat pulak post ni kuar.

No comments: